KUALA LUMPUR:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mempunyai halangan sekiranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, berhasrat untuk menerajui Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM).
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan daripada menteri yang boleh mengangkat sukan ke arah lebih tinggi.
"Beliau (Khairy) adalah seorang yang dinamik dan mempunyai minat mendalam terhadap bidang sukan. Dua bidang sukan saya tahu beliau mempunyai minat mendalam adalah berbasikal dan bola sepak.
"Kalau di KBS, yang benar-benar membangunkan program NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara) adalah saudara Khairy. Jadi saya mengharapkan dengan beliau berada di situ boleh membantu bidang sukan," katanya kepada media selepas melancarkan Esports Integrated (ESI), di sini, pada Khamis.
Beberapa pihak termasuk bekas pelumba basikal negara dikatakan melihat kehadiran Khairy merupakan satu petanda baik, jika sukan berbasikal negara mahukan perubahan apabila diterajui pemimpin baharu.
BACA: Khairy Jamaluddin presiden baharu Persatuan Lumba Basikal N. Sembilan
Mereka menganggap Khairy merupakan calon paling layak untuk mengambil alih kerusi nombor satu PKBM, selepas dipilih sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) pada 19 Sept lepas.
PKBM ketika ini diterajui oleh Datuk Abu Samah Wahab yang sudah mengetuai badan induk itu sejak 1990.
Ditanya sama ada menteri dibenarkan untuk memegang jawatan dalam persatuan sukan kebangsaan, Reezal berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan terhadap perkara itu.
"Setakat ini tidak pernah dibawa dalam Kabinet dan tidak pernah ada sebarang bentuk arahan yang saya dimaklumkan. Ia bergantung kepada individu.
"Kalau Khairy, orang tahu beliau seorang yang terlibat secara mendalam terhadap sukan dan bidang bola sepak. Jadi, saya tidak nampak itu satu kekangan atau halangan.
"Secara jujur, dia ada hubungi saya (sebelum bertanding jawatan Presiden PLBNS), minta pandangan dan seakan-akan minta kebenaran, tetapi saya katakan tidak perlu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 01 2020
Beberapa pihak menganggap Khairy calon paling layak mengambil alih kerusi nombor satu PKBM. - Foto Instagram Khairy Jamaluddin
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.
Le Tour de Langkawi 2020 dapat status siri profesional
Terima surat daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa mengenai status baharu itu selepas PKBM mengadakan beberapa siri perbincangan.