awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS yakin angkat berat disenarai semula sebagai sukan teras

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
02/08/2022
01:30 MYT
KBS yakin angkat berat disenarai semula sebagai sukan teras
Badang negara Muhammad Erry Hidayat menceriakan kontinjen negara selepas menduduki tempat kedua bagi kategori 73 kilogram dalam Sukan Komanwel Birmingham 2022, pada Ahad. - Gambar fail
IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin angkat berat akan disenaraikan semula sebagai sukan teras ekoran pencapaian cemerlang di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
Ini kerana banyak lagi bakat yang dapat dilihat di kalangan penggiat sukan berkenaan.
Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sudah tiba masanya ia wajar disenaraikan semula sebagai sukan teras.
“Saya percaya pihak Majlis Sukan Negara tentunya akan memberi sekali lagi perhatian untuk mengembalikan sukan angkat berat ini kepada menjadi sukan teras.
“Saya sendiri sebenarnya telah melawat beberapa tempat latihan para atlet angkat berat ini dan saya mendapati agak terkebelakang fasiliti yang kita ada,” katanya.
Beliau ditemui selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Golf Amatur Terbuka Perak di Kelab Golf Diraja Perak di sini, malam tadi.
Ahmad Faizal berkata, ekoran daripada lawatan itu, beliau telah mengarahkan agar kemudahan latihan sukan berkenaan diperbaiki di samping diberikan bantuan yang lebih.
Sebelum ini, Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berharap sukan angkat berat dapat disenaraikan semula sebagai sukan teras negara dalam usaha memperkukuh lagi aktiviti pembangunan atlet.
Presidennya Datuk Ayub Rahmat berkata Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) perlu mempertimbangkan perkara itu dengan melihat pencapaian yang disumbangkan kem angkat berat negara setakat ini di Sukan Komanwel.
Angkat berat menjadi antara tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo pada 2017, susulan prestasi sukan angkat berat itu yang semakin merosot serta pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#angkat berat
#Sukan Komanwel Birmingham 2022
#fasiliti sukan angkat berat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan