VIDI 2 CHELSEA 2
Maurizio Sarri meredakan kebimbangan mengenai tahap kecederaan lutut Alvaro Morata ketika Chelsea seri 2-2 dengan Vidi, awal pagi Jumaat.
Morata terpaksa dikeluarkan di penghujung babak pertama dalam aksi di Arena Groupama itu setelah mengalami kecederaan di bahagian lutut kirinya.
Olivier Giroud, yang menggantikan tempatnya untuk mengetuai jentera serangan, menyelamatkan maruah Chelsea apabila mengikat kedudukan melalui lencongan sepakan percumanya pada minit ke-75 minit setelah The Blues ketinggalan ekoran gol sendiri Etan Ampadu dan jaringan Loic Nego yang memadamkan gol pembukaan Willian.
Begitupun, Sarri segera meredakan kekhuatiran terhadap nasib malang yang menimpa Morata itu biarpun beliau mengesahkan Chelsea hanya akan mengetahui kedudukan sebenar tahap kecederaan penyerangnya itu, lewat hari ini.
"Tidak, pemeriksaan awal doktor menganggap kecederaannya tidaklah terlalu teruk, tidak serius," kata Sarri dalam sidang akhbar.
"Bagaimanapun, sudah tentu dalam keadaan ini kami perlu menunggu sehingga esok untuk saya mengenal pasti apakah keadaan itu serius."
Dengan Sarri membuka pintu untuk ketua pasukan, Gary Cahill, untuk berhijrah pada bulan depan, Ampadu diberikan peluang untuk bergandingan bersama Andreas Christensen.
Sungguhpun menjaringkan gol sendiri, Sarri menegaskan dia kagum dengan persembahan Ampadu.
"Jaringan sendirinya itu bukan kesilapan Ampadu," tambah Sarri.
"Kami menggunakan taktikal menandakan zon ketika bertahan. Apabila lawan menyentuh bola terlebih dahulu dalam situasi itu, ia merupakan masalah yang amat besar.
"Saya fikir dia telah beraksi dengan sangat bagus, khususnya dalam pasukan seperti ini. Ia akan lebih mudah buat Ampadu sekiranya saya tidak membuat rombakan besar.
"Kami membuat 10 pertukaran pemain (dalam kesebelasan utama), jadi tidak mudah untuk pemain muda untuk beraksi dengan pasukan berwajah baru dalam salah satu perlawanan seperti ini, saya sangat gembira dengan Ampadu."
Astro Arena
Fri Dec 14 2018
Morata terpaksa dikeluarkan di penghujung babak pertama dalam aksi di Arena Groupama itu setelah mengalami kecederaan di bahagian lutut kirinya.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
De la Fuente cari permulaan cemerlang bersama La Roja
Sebelum ini, kapten Sergio Busquets bersara dan De la Fuente menggantikan Luis Enrique sebagai pengendali pasukan.
Kelayakan Piala Dunia: Jaringan Morata julang Sepanyol
Sweden perlu ke play-off selepas skuad kendalian Luis Enrique memenangi perlawanan akhir peringkat kumpulan itu.
Euro 2020: Kegagalan Morata buat Sepanyol disingkir Itali
Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus akur membenarkan Itali mara ke final Euro 2020 awal pagi tadi.
Euro 2020: Sepanyol 'perah keringat' sebelum ke suku akhir
Sepanyol berjaya menemui ramuan memastikan mereka melangkah ke suku akhir selepas Morata dan Oyarzabal menjaringkan dua gol memastikan pasukannya melakar kemenangan dramatik.
Euro 2020: Sepanyol ke pusingan 16 selepas belasah Slovakia
Skuad kendalian Luis Enrique itu memerlukan kemenangan untuk mengesahkan kemaraan mereka selepas sekadar seri dalam dua perlawanan pertama.
Euro 2020: Lewandowski bantu Poland ikat Sepanyol
Alvaro Morata menutup mulut pengkritiknya apabila membuka jaringan buat Sepanyol dalam pertemuan di Seville itu selepas dikritik hebat gara-gara aksi hambarnya Selasa lalu.
Lebih sempurna bersama Juventus - Morata
Penyerang itu meledak enam gol daripada lima penampilan dalam saingan UCL dan menjelaskan sangat gembira kembali ke Turin buat kali kedua.
Juventus sambut baik kepulangan Morata ke Turin
Morata dilaporkan akan menyertai Juve secara pinjaman daripada Atletico Madrid dengan kesepakatan melibatkan pembayaran 9 juta pound (RM43.7 juta).
Chelsea tundukkan Crystal Palace 3-1
Menerusi aksi di Stamford Bridge itu, gol pertama perlawanan hadir pada minit ke-32 menerusi Alvaro Morata yang juga menjaringkan gol kedua buat Chelsea pada aksi sama.
Sarri tidak khuatir ketumpulan Morata, Giroud
Chelsea mempunyai serangan ketiga terbaik dalam Liga Perdana Inggeris - di belakang Manchester City dan Arsenal - serta muncul pertahanan ketiga terbaik (dibolosi tujuh kali).