ALOR SETAR: Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata insentif tersebut diberikan kepada tiga atlet Sukan Komanwel dan 21 atlet Sukan SEA atas kejayaan mereka memenangi pingat emas, perak dan gangsa dalam temasya berkenaan.
"Kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian 'Kedah Fighter' ini dan diharapkan kejayaan mereka itu akan membakar semangat atlet lain untuk bekerja lebih keras, berlatih bersungguh-sungguh mewakili negara, bertanding dan seterusnya memenangi pingat di kejohanan bertaraf antarabangsa.
"Walaupun ganjaran ini bukanlah nilai sebenar (atas pengorbanan atlet), namun ini adalah tanda penghargaan dan rasa bangga kerajaan negeri atas pengorbanan dan kejayaan mereka," katanya pada majlis penyampaian insentif kemenangan kepada atlet Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Menurutnya, atlet yang memenangi pingat di Sukan Komanwel menerima ganjaran berjumlah RM5,000 bagi pingat emas, RM3,000 bagi pingat perak manakala RM2,000 bagi pingat gangsa.
Beliau berkata bagi Sukan SEA, pemenang pingat emas menerima RM3,000, pingat perak (RM2,000), manakala pingat gangsa menerima RM1,000.
Antara atlet Sukan Komanwel yang menerima ganjaran adalah Pearly Tan (badminton); Muhammad Aznil Bidin (angkat berat) dan Aifa Azman (skuasy) manakala bagi Sukan SEA, atlet yang menerima ganjaran adalah daripada sukan pelayaran, pencak silat, hoki wanita, taekwondo, badminton, ping pong, karate, angkat berat, kriket dan e-sukan..
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah. - Foto BERNAMA
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Beliau berkata kerajaan negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke China.
Sanusi patut fokus majukan Kedah bukan 'Langkah Dubai' - Anthony Loke
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sepatutnya mengambil langkah memajukan negeri ditadbirnya dan bukan mengambil 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan kerajaan.