Kedah berjaya melangkah ke final Piala FA 2019 menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun tewas 2-3 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, di sini malam ini.
Selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada minggu lalu, keputusan hari ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 3-3 secara agregat, sekali gus Kedah menempah tiket menerusi kelebihan jaringan.
Skuad Lang Merah, yang merupakan juara empat kali, bakal dicabar oleh juara dua kali, Perak yang bangkit menewaskan Pahang 4-3 secara agregat di Ipoh, semalam, untuk aksi 'derbi utara’.
Felda United terlebih dahulu cuba mengancam gawang Kedah melalui tendangan kencang Jocinei Chad dari luar kotak penalti pada minit ketujuh, namun ia sedikit tersasar melewati tiang gol.
Pada minit ke-24, Kedah berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh Fernando Rodriguez Ortega selepas bola terkena tangan pemain skuad ‘The Settlers’.
Pada minit ke-37, skuad Lang Merah menokok jaringan melalui Muhammad Farhan Roslan dengan sepakan derasnya dari dalam kotak penalti.
Bermula pada babak kedua, Felda United lebih agresif mengatur serangan bagi mengurangkan defisit gol.
Pada minit ke-64, usaha mereka membuahkan hasil apabila Thiago Junio Aquino meledakkan gol pertama untuk Felda United menerusi rembatan kencangnya.
Pada minit ke-71, S. Chanturu pula berjaya mencetak gol kedua Felda United dengan tendangan cantiknya dari luar kotak penalti, menjadikan keputusan seri 2-2.
Pada minit ke-93, Felda United berjaya mendahului perlawanan melalui jaringan Muhammad Hadin Azman sebelum wisel penamat ditiupkan. -- Bernama
Bernama
Sun Jun 30 2019
Pemain Kedah Muhammad Farhan Roslan melompat kegembiraan meraikan jaringan golnya bersama rakan sepasukan pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala FA di Stadium Tun Abdul Razak malam ini. - BERNAMA
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Kedah mara ke final Piala FA
Kedah berjaya melangkah ke final Piala FA 2019 menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan walaupun tewas 2-3 kepada Felda United.