MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengesahkan Kedah dan Perak muncul antara dua negeri terawal yang berminat untuk menaiktaraf padang bola sepak kepada rumput jenis zeon zoysia.
Jelas Hannah, negeri yang berminat perlu memastikan kondisi fasiliti sedia ada termasuklah sistem saliran air stadium yang berada dalam keadaan baik sebelum penyerahan geran dana kepada mereka.
Terdahulu, pada Januari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menawarkan peruntukan melalui geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi penanaman rumput tersebut, dengan kos penyelenggaraan tahunan padang menjadi tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.
"Kami telah menerima surat daripada kerajaan negeri Kedah dan Perak sebelum kami melakukan perbincangan selanjutnya," katanya.
"Jika terdapat pihak yang berminat, mereka perlu memastikan sistem saliran air di tahap terbaik sebelum kami melakukan penanaman rumput jenis zeon zoysia," kata beliau.
BACA: Naik taraf rumput Zeon Zoysia: MBI sudah hantar surat kepada KBS
BACA: TMJ pertikaikan kelab bola sepak enggan guna 'Zeon Zoysia'
* Artikel asal disiarkan di Stadium Astro.
Astro Arena
Thu Mar 30 2023
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) diringi Hannah Yeoh dan CEO Perbadanan Stadium Malaysia Mohd Faidz Sanusi pada majlis perasmian Projek Penggantian Rumput di Stadium Nasional, Kuala Lumpur. - Foto Astro ARENA
6 kereta, tiga rumah terjejas dalam kejadian pokok tumbang di KL
Hujan lebat di sekitar kawasan Kuala Lumpur pada petang Khamis menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghempap kenderaan orang awam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima lapan laporan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Bukit Jalil, Sri Petaling dan Taman Salak Selatan.
Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancar
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Tol percuma pada 8 dan 9 April sempena Aidilfitri - Nanta
Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari pada 8 dan 9 April kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan kelas 1 (persendirian) yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri tahun ini.
PM Anwar beri bayangan tiada cuti tambahan sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan. Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua rakyat perlu mempunyai semangat untuk bekerja.
Jalan TAR meriah namun ramai jalan berlenggang, tangan kosong
Majoriti daripada pelanggan jalan berlenggang, tangan tidak langsung membawa beg plastik, kebanyakannya hanya cuci-cuci mata, atau bahasa lainnya ‘window shopping’.
Tumpuan Jumaat - 29 Mac 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (28 Mac 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Padang Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi akan guna rumput jenis Zeon Zoysia
Kerajaan Negeri Sembilan secara dasarnya bersetuju memilih Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk penggantian rumput padang kepada jenis Zeon Zoysia.