Kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek, adalah titik kebangkitan olahraga negara.
Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abbas berkata Badrul Hisyam yang melakukan catatan 10.29 saat di Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN 2015 di Brunei semalam, hanya ketinggalan 0.04 saat di belakang pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura, Jun lepas.
Kejayaan Badrul Hisyam itu menutup kritikan segelintir pihak sebelum ini, yang memperlekeh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kerana ketandusan pelari pecut lelaki setanding Watson.
Zainal berkata pihak kejurulatihan akan memastikan prestasi atlet berbakat seperti pelari muda berusia 18 tahun itu sentiasa berada pada tahap terbaik terutamanya dalam aspek kecergasan.
"Semestinya kejayaan Badrul memecah rekod Watson Nyambek itu memberi sinar baharu dalam olahraga tempatan. Perjalanan Badrul masih jauh dan beliau perlukan bimbingan yang betul," katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain Badrul Hisyam, seorang lagi atlet negara, Asnawi Hashim yang meraih pingat perak pada Kejohanan Sukan Sekolah ASEAN itu, dengan catatan 10.71s juga perlu diberikan perhatian sama supaya prestasi kedua-dua atlet berkenaan berada di tahap kompetetif.
"Asnawi juga berbakat besar, beliau juga pernah layak ke separuh akhir semasa beraksi di Kejohanan Olahraga Remaja Dunia IAAF di Colombia pada Julai lepas.
"Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Universiti Malaysia Perlis, beliau membuat catatan 10.57s. Asnawi baru 17 tahun, seperti Badrul kita akan pantau perkembangan beliau," katanya.
Zainal juga berharap kedua-dua atlet berkenaan mengekalkan prestasi masing-masing dan berusaha mencapai kejayaan lebih baik pada kejohanan akan datang.
Badrul Hisyam dijadual menyertai Kejohanan Tertutup Asia di Doha, Qatar pada Februari tahun depan.
Dalam pada itu, Watson dalam laman sosial Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Badrul Hisyam, dan gembira dengan kejayaan itu selepas olahraga negara dalam acara pecut, suram selama 17 tahun.
"Tahniah kepada Adik Badrul. Saya harap kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana lahir lagi seorang pelari pecut setelah 17 tahun sepi. Saya juga berharap ramai lagi atlet di Malaysia, tak kira bangsa dan agama setanding dengan atlet negara lain," katanya.
Watson berkata kemudahan atlet muda sekarang lebih baik berbanding dahulu dan tiada alasan bagi mereka tidak beraksi dengan lebih cemerlang.
"Sekarang teknologi semakin canggih dan boleh membantu atlet pergi lebih jauh. Seperti makanan tambahan, gimnasium dan sains sukan, semua boleh buat atlet lebih maju.
"Mustahil tidak boleh buat 10.30s atau sama taraf dengan Usain Bolt. Saya cabar atlet Malaysia, sila saingi masa beliau (Badrul) dan buat yang lebih baik lagi," kata Watson.
Astro Arena
Tue Nov 24 2015
Kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap memecah rekod acara 100 meter adalah titik kebangkitan olahraga negara.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Impian Muhammad Azeem tambah emas tidak kesampaian
Muhammad Azeem melakukan pecutan awal sebelum dikejutkan dengan pecutan 10m terakhir atlet Johor Muhammad Arsyad Md Saat.
Tokyo 2020: Ulangi pencapaian Bolt, status ratu pecut kekal milik Thompson-Herah
Wakil Jamaica itu telah melakar rekod kebangsaan terbaru 21.53 saat di Tokyo, catatan kedua terpantas dalam sejarah acara tersebut.
Menghadap Agong: Pengamal media tidak dibenar berada dekat pintu 2 Istana Negara
Polis diarahkan pihak Istana Negara untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan susulan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Khairul Hafiz idam emas berganda Sukan SEA
Selepas memecahkan rekod acara 100 dan 200 meter (m) kebangsaan, Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan seterusnya mengidam emas berganda dan rekod Sukan SEA pada Ogos ini.
Khairul Hafiz raih emas 200m, Muhammad Aqil lakar kejutan
Ini kali kedua dalam tempoh kira-kira 18 jam untuk atlet berusia 18 tahun dari Melaka itu memecahkan rekod berusia 14 tahun milik Raja Pecut Sukan SEA 2003, Nazmizan Mohammed.
Kejayaan Badrul Hisyam titik kebangkitan olahraga negara
Kejayaan pelari pecut muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap melakar sejarah memadam rekod 17 tahun acara 100 meter milik Watson Nyambek, adalah titik kebangkitan olahraga negara.
Badrul Hisyam tawan 200m dengan rekod kejohanan
Atlet muda negara, Badrul Hisyam Abdul Manap muncul Raja Pecut Sekolah ASEAN apabila menjuarai acara 200 meter temasya sukan itu dengan memecahkan rekod kejohanan miliknya sendiri, di Brunei hari ini.