awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
Lebih 7,000 pelancong Malaysia naik Whoosh sempena Krismas, sumbang 53 peratus jumlah penumpang
Cuti sekolah : AKPS ambil langkah proaktif tangani kesesakan di ICQS Rantau Panjang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kejuaraan Kelab ASEAN: Bergson ledak hatrik bantu JDT belasah Bangkok United 4-0

Bernama
Bernama
25/09/2025
21:20 MYT
Kejuaraan Kelab ASEAN: Bergson ledak hatrik bantu JDT belasah Bangkok United 4-0
Bergson (dua, kiri) cuba melepasi pemain Bangkok United Wanchai Jarunongkran (kanan), pada Kejohanan Kelab Bola Sepak ASEAN (ACC) Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi. --fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) Bergson da Silva meledakkan hatrik untuk membantu pasukan itu membelasah Bangkok United FC 4-0 pada aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam tadi.
Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan pada babak pertama, namun gagal menemui jaringan, dengan pasukan pelawat beberapa kali menguji benteng Harimau Selatan menerusi gerakan di bahagian kiri.
Pertahanan JDT bagaimanapun kekal disiplin untuk mengekang asakan lawan, manakala peluang yang diperoleh Arif Aiman Mohd Hanapi dan Jon Irazabal Iraurgui juga tidak membuahkan hasil.
Sebaik separuh masa kedua bermula, Bergson, yang baru dinobatkan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super hanya memerlukan kurang seminit untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-45, sekali gus memecah kebuntuan dan menceriakan penyokong tuan rumah.
Suasana di SSI bertambah gamat apabila Joao Figueredo menambah gol kedua pada minit ke-51, sebelum Bergson kembali mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-72.
Bintang Brazil itu kemudian melengkapkan hatrik peribadi menerusi jaringan masa kecederaan minit ke-91, menjadikan kedudukan 4-0 dan mengesahkan kemenangan bergaya skuad bimbingan Xisco Munoz.
Kemenangan itu meletakkan JDT selaku pendahulu Kumpulan B dengan enam mata penuh selepas dua perlawanan, sebelum bertandang ke Phnom Penh menentang PKR Svay Rieng FC di Stadium Nasional Morodok Techno pada 4 Dis depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Kejuaraan Kelab ASEAN
#Bangkok United FC
#Stadium Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan