awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kelab bermain terlalu banyak perlawanan'

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2021
01:10 MYT
'Kelab bermain terlalu banyak perlawanan'
Aksi Ralf Rangnick sebelum perlawanan Liga Juara-juara kumpulan F antara Manchester United dan Young Boys di Old Trafford, Manchester, Britain, 8 Dis 2021. - Gambar fail REUTERS
BADAN induk bola sepak England perlu membincangkan sama ada wujud keperluan mempunyai dua kejuaraan iaitu Piala FA dan Piala Liga dalam kalendar yang menyaksikan pasukan bermain terlalu banyak perlawanan, kata pengendali sementara Manchester United, Ralf Rangnick.
Pada masa sama Rangnick mengakui dia tidak mempunyai masalah berpegang kepada tradisi liga bermain sepanjang tempoh perayaan malah teruja mengharungi buat kali pertama dalam karier kejurulatihannya, namun mahu isu bermain dalam perlawanan ulangan dan dua kejuaraan diperbincangkan lebih lanjut.
"England merupakan satu-satunya liga teratas yang bermain dua kejuaraan. Di Perancis, mereka memansuhkan yang kedua setahun atau dua tahun lalu.
"Saya tahu Piala Liga masih untuk pasukan divisyen tiga dan empat, terutamanya untuk memperbaiki keadaan kewangan kelab tersebut. Tetapi saya masih fikir, jika kita bercakap mengenai kalendar yang ketat, (kita) bermain terlalu banyak perlawanan.
"Isu lain yang berubah dalam dua minggu lalu ialah dalam Piala FA selepas seri, perlu mengadakan perlawanan ulangan. Ini telah diubah sekarang, saya fikir ini adalah idea yang baik. Di negara lain, bermain masa tambahan dan penalti, dan tidak perlu diadakan perlawanan ulangan semula," kata Rangnick.
Perlawanan ulangan Piala FA pada pusingan tiga dan empat musim ini dimansuhkan bagi membantu mengurangkan baki perlawanan selepas beberapa penangguhan, namun empat kelab Liga Perdana Inggeris - Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Tottenham Hotspur perlu bermain separuh akhir Piala Liga secara timbal balik bulan depan.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sebelum ini menegaskan adalah penting untuk Liga Perdana melaksanakan format pertukaran kepada lima pemain bagi meringankan beban tugas pemain dan Rangnick turut sama menyuarakan pandangan itu.
"Telah diputuskan setiap pasukan boleh menggantikan lima pemain apabila COVID-19 bermula 18 bulan lalu. Saya fikir ia adalah keputusan yang tepat untuk mempunyai lebih banyak pilihan menukar pemain, menjimatkan tenaga pemain, terutamanya jika mereka baru pulih daripada COVID-19.
"Perkara yang sama berlaku sekarang, kami mempunyai situasi yang sama seperti dialami satu setengah tahun lalu... England adalah satu-satunya negara yang masih tidak membenarkan pertukaran lima pemain," kata pengendali kelahiran Jerman tersebut.
Untuk rekod, dua perlawanan liga Manchester United ditangguhkan kerana wabak COVID-19, dan Rangnick berkata, para pemainnya semua telah bersedia ke Newcastle United kecuali pemain tengah, Paul Pogba yang masih cedera.
United kini berada di tempat keenam dalam kedudukan dengan 27 mata tetapi mempunyai dua perlawanan dalam tangan di empat teratas.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Ralf Rangnick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan