awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Asia 2027: Hannah ucap terima kasih kepada TMJ, PM atas kebangkitan Harimau Malaya

Astro Awani
Astro Awani
11/06/2025
02:00 MYT
Kelayakan Piala Asia 2027: Hannah ucap terima kasih kepada TMJ, PM atas kebangkitan Harimau Malaya
Gegak-gempita Ultras Malaya dan sorakan 61,512 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi memori manis buat rakyat Malaysia, kata Hannah. - Gambar Facebook Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan kemenangan bergaya Harimau Malaya ke atas Vietnam sebagai bukti kejayaan revolusi bola sepak negara yang digerakkan oleh kepimpinan tertinggi negara.
Dalam kenyataan di Facebook, beliau merakamkan penghargaan kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas peranan mereka dalam menyuntik semangat baharu kepada skuad kebangsaan.
“Tahniah kepada ketua jurulatih, Peter Cklamovski atas kemenangan 4-0 ke atas Vietnam dalam aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027. Kemenangan ini menamatkan kemarau 11 tahun tanpa kemenangan ke atas Vietnam.
“Gegak-gempita Ultras Malaya dan sorakan 61,512 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi memori manis buat rakyat Malaysia,” katanya.
Hannah turut menzahirkan rasa bangga dengan persembahan barisan pemain negara, khususnya pemain warisan Joao Figueiredo yang mencuri tumpuan dengan gol pembukaan dan dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Rodrigo Holgado, La’Vere Corbin Ong dan Dion Cools turut mencatat nama selaku penjaring, memastikan kemenangan selesa 4-0 ke atas skuad Naga Emas.
Kemenangan itu meletakkan Malaysia di kedudukan teratas Kumpulan F dengan enam mata, tiga mata di hadapan Vietnam dan Laos. Nepal berada di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
“Terima kasih TMJ, terima kasih PMX. Selamanya Harimau Malaya,” ujar Hannah menutup catatannya.
Topic Berkaitan
#Kelayakan Piala Asia 2027
#harimau Malaya
#Hannah Yeoh
#TMJ
#PM Anwar Ibrahim
#Malaysia tewaskan Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan