awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu

Astro Arena
Astro Arena
20/11/2024
23:15 MYT
Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu
Son Heung-min (tengah) ketika beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Asia antara Korea Selatan dan Palestin di Amman, Jordan, pada Selasa. - Foto Astro ARENA
BINTANG Tottenham Hotspur, Son Heung-min, terkesima melihat perjuangan penyokong Palestin sambil mengagumi semangat juang pasukan itu yang menawarkan penganjaran berguna buat Korea Selatan.
Pemain berusia 32 tahun itu memuji ketabahan skuad Palestin masih mampu mempamerkan persembahan terbaik meskipun tidak beraksi di laman sendiri sebaliknya perlu menggunakan gelanggang neutral di negara lain.
Meskipun bermain sambil mengingati perkara yang terjadi di tanah air khususnya konflik yang berlaku akibat negara haram, Israel, yang terus melancarkan serangan terhadap rakyat Palestin, sokongan peminat yang hadir menyentuh perasaan Son tatkala tetap datang memberi sokongan kepada Palestin.
"Saya memuji ketabahan mereka," kata Son mengenai Palestin yang terpaksa bermain di stadium berkecuali ekoran faktor keselamatan negara mereka.
Déclaration de Heung-min Son Je veux saluer et applaudir léquipe palestinienne. Malgré les conditions difficiles dans lesquelles ils vivent et le fait quils aient du jouer en Jordanie à cause de la situation, ils travaillent dur. Je pense quil y a beaucoup à apprendre deux pic.twitter.com/fitQh92HLL
— Joueurs Palestiniens (@JoueursPA) November 20, 2024
"Saya rasa itu adalah sesuatu yang patut dipelajari oleh kami," tambahnya.
Ketua pasukan Korea Selatan menepuk tangan sebagai tanda terharu kepada penyokong Palestin selepas tamat perlawanan peringkat ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 itu.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Kelayakan Piala Dunia 2026
#Son Heung-min
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan