awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelayakan RDAG 2022 negara ditangguhkan - MOM

Bernama
Bernama
10/05/2022
01:15 MYT
Kelayakan RDAG 2022 negara ditangguhkan - MOM
Mohd Nazifuddin berkata keputusan itu dibuat selaras dengan penangguhan Sukan Asia 2022 yang awalnya dijadualkan berlangsung Hangzhou, China September ini, ke tahun depan. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pertandingan kelayakan sukan elektronik (e-sukan) negara Road To Asian Games (RDAG) 2022 yang dijadualkan bulan ini telah ditangguhkan ke satu tarikh lain, kata Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata keputusan itu dibuat selaras dengan penangguhan Sukan Asia 2022 yang awalnya dijadualkan berlangsung Hangzhou, China September ini, ke tahun depan.
Bagaimanapun menurutnya pendaftaran untuk ke pertandingan kelayakan itu kini dibuka bagi mereka yang bercita-cita mewakili negara.
"Sukacita saya maklumkan, kita membuka pendaftaran bagi kelayakan negara bermula hari ini. Ada lapan permainan e-sukan dipertandingkan bagi pingat rasmi sukan itu pada Sukan Asia Hangzhou nanti," katanya pada persidangan media di sini pada Isnin.
RDAG 2022 merupakan program e-sukan anjuran bersama Majlis Olimpik Asia dan Persekutuan Sukan Elektronik Asia (AESF), badan pentadbir sukan berkenaan di Asia
Sementara itu Ketua Pegawai Operasi AESF Steve Kim memberi gambaran bahawa tarikh sebenar pertandingan itu mungkin akan diumumkan dalam bulan ini.
"Besar kemungkinan kita akan dapat membuat pengumuman rasmi dalam dua minggu ini kerana kelayakan Malaysia perlu selesai sebelum kita mula mendaftar (untuk Sukan Asia 2022), kerana untuk menyertai Sukan Asia RDAG 2022 Serantau, kita perlu tahu siapa yang akan mewakili (Malaysia) ke Sukan Asia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#e-sukan
#Road To Asian Games
#RDAG 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan