awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemenangan dilucutkan, Real Madrid tersingkir Copa del Rey

Astro Arena
Astro Arena
05/12/2015
05:37 MYT
Kemenangan dilucutkan, Real Madrid tersingkir Copa del Rey
Pada masa yang sama, juara Copa del Rey 19 kali itu dikenakan denda sebanyak 6,001 euro (RM27,362). - Gambar Astro ARENA
Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) ambil keputusan untuk menyingkirkan Real Madrid daripada saingan Copa del Rey atas kesalahan menurunkan pemain yang tidak layak iaitu pemain sayap Denis Cheryshev.
Ketika perlawanan Real Madrid bersama Cadiz, pemain yang berasal dari Rusia itu bermula sebagai pemain kesebelasan utama dan membuka tirai jaringan seawal minit ke-3. Real Madrid meraih kemenangan 1-3 pada wisel penamat.
Malangnya, Real Madrid terlepas pandang bahawa Cheryshev, yang dipinjamkan kepada Villareal tahun lepas, perlu menjalankan penggantungan satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning bersama Villareal.
Pada masa yang sama, juara Copa del Rey 19 kali itu dikenakan denda sebanyak 6,001 euro (RM27,362).
Perkembangan terkini menyatakan pihak pengurusan Real Madrid akan memerangi keputusan itu dengan alasan Cheryshev tidak diberitahu mengenai posisinya. Kenyataan ini turut dilabelkan 'tidak masuk akal' oleh RFEF.
Topic Berkaitan
#Copa del Rey
#Denis Cheryshec
#Persekutuan Bola Sepak Sepanyol
#Real Madrid
#RFEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan