Kemunculan sulung penyerang sensasi, Luis Suarez dalam Barcelona berakhir dengan kekalahan apabila pasukan itu tewas 3-1 kepada Real Madrid dalam perlawanan El Clasico, awal pagi Ahad.

Beliau bermain buat pertama kalinya selepas dihukum FIFA kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini pada kejohanan Piala Dunia 2014.

Kehadiran penyerang skuad kebangsaan Uruguay itu dijangka memberi impak positif pada Barca. Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian apabila pasukan itu ditundukkan dengan mudah oleh Real Madrid.

Semasa perlawanan, babak pertama menyaksikan penyerang Brazil, Neymar berjaya membolosi gawang Barcelona dengan jaringan pembukaan pada minit keempat.

Namun, kegembiraan mereka hanya bertahan untuk seketika apabila Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi tendangan penalti pada minit ke-35.

Real Madrid kemudiannya berjaya mendahului Barca pada separuh masa kedua melalui gol jaringan Pepe pada minit ke-50 dan Karim Benzema pada minit ke-61.