awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan positif perlu selari dengan dana tambahan - Penganalisis

Bernama
Bernama
13/01/2025
15:36 MYT
Keputusan positif perlu selari dengan dana tambahan - Penganalisis
Mohd Sadek berkata suntikan dana yang diumumkan membuka jalan untuk badan induk sukan itu merealisasikan hasrat skuad kebangsaan menjadi gergasi bola sepak yang digeruni di rantau Asia Tenggara. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu memastikan gandaan dana daripada RM15 juta kepada RM30 juta yang diumumkan oleh kerajaan khusus untuk pembangunan skuad kebangsaan disertai dengan keputusan yang cukup positif, menurut penganalisis sukan tempatan Mohd Sadek Mustafa.
Beliau berkata suntikan dana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, membuka jalan untuk badan induk sukan itu merealisasikan hasrat skuad kebangsaan menjadi gergasi bola sepak yang digeruni di rantau Asia Tenggara.
"Peruntukan tambahan ini memenuhi keperluan bagi persiapan Piala Asia 2027. Ia memerlukan perbelanjaan besar untuk membayar gaji dalam kalangan skuad kebangsaan.
"Jumlah RM15 juta sebelum ini tidak mencukupi kerana perlawanan pemanas badan untuk skuad Garimau Malaya dalam tempoh beberapa bulan ini memerlukan perbelanjaan besar dan boleh dikatakan hanya 'cukup-cukup' makan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Sadek berkata FAM sangat bernasib baik menerima suntikan dana tersebut, justeru badan induk sukan itu perlu bijak berbelanja termasuk tidak mengabaikan pembangunan skuad kebangsaan yang berkemungkinan diwarnai oleh lebih ramai pemain warisan pada masa hadapan.
"Dana tersebut juga dilihat akan digunakan untuk membayar khidmat pemain warisan...jadi, kalau boleh jangan lupakan pemain tempatan dan kena berlaku adil," katanya.
Sementara itu, penganalisis sukan Ahmad Faisal Mohamed Fiah berharap prestasi pasukan bola sepak kebangsaan seiring dengan dana baharu yang diterima oleh FAM.
"Dana itu perlu disertai dengan komitmen tinggi oleh FAM untuk memastikan ia memberi pulangan yang diharapkan buat skuad Harimau Malaya.
"Biarlah berbaloi dengan dana yang diterima itu. Sekurang-kurangnya, naikkan ranking skuad yang kini di kedudukan ke-132 dunia kepada bawah 115 dunia dalam jangka masa pendek," katanya.
Terdahulu, FAM berjanji untuk memanfaatkan tambahan peruntukan yang diumumkan bagi meningkatkan program-program pembangunan pasukan kebangsaan di setiap peringkat.
Presidennya Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata usaha tersebut termasuk mempersiapkan pasukan utama - skuad Harimau Malaya - agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#harimau Malaya
#pasukan utama
#pemain warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan