Skip to main content

Sukan

Kerusi panas Tok Gajah jadi milik Razip Ismail

300315RazipIsmail.jpg
300315RazipIsmail.jpg

Advertisement

JAWATAN pengendali Pahang yang ditinggalkan Shaharuddin Rosdi akhirnya diisi dengan bekas pengendali Harimau Muda dan Harimau Muda B Mohamed Razip Ismail.

Razip menandatangani kontrak bersaksikan peguam Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Setiausaha Agung Fuzzemi Ibrahim dan Naib Presiden PBNP Datuk Akbar Abu.

Pengendali berusia 53 tahun itu dilihat menjadi pilihan Pahang FC ekoran pengalamannya yang membentuk pemain muda.

Razip dijangka memulakan tugas pada Khamis.

Must Watch Video

Advertisement