KUALA LUMPUR: Walaupun terpalit dengan kes mahkamah, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab masih mendapat kepercayaan kesemua ahli majlis untuk memimpin badan induk sukan berbasikal negara.
Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata hasil Mesyuarat Majlis PKBM semalam yang dihadiri 16 ahli meluluskan undi sebulat suara menyokong penuh kepemimpinan Abu Samah yang menjadi presiden sejak 26 Feb 1990.
Amarjit menjelaskan beliau mengemukakan usul undi percaya ke atas Abu Samah dan disokong Timbalan Presiden PKBM Yunus Ibrahim serta ahli majlis dari Kedah, Zaim Ahmad bagi memastikan tampuk kepimpinan persatuan tidak terganggu akibat perbicaraan kes mahkamah.
"Keputusannya berakhir dengan semua ahli majlis sebulat suara menyokong dan mahukan Abu Samah meneruskan tugasnya sebagai presiden sehingga perbicaraan kes SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) selesai.
"Kami menyokong penuh dan menghormati jasa Abu Samah yang terlalu banyak berjasa kepada PKBM sejak 1990. Jadi, biarlah proses mahkamah berjalan dan kita juga hendak lihat saksi-saksi yang akan ditampilkan ketika perbicaraan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan PKBM.
Amarjit juga berkata hampir kesemua exco PKBM telah dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan dalam isu berkenaan sejak 2020.
Dalam pada itu, Yunus berkata PKBM memerlukan kepemimpinan Abu Samah kerana mereka akan menganjurkan beberapa kejohanan besar termasuk Kejohanan Lumba Basikal BMX Asia 2022 (ACC BMX 2022) di Nilai, Negeri Sembilan.
"Kejohanan ini akan diadakan pada Ogos ini dan Abu Samah adalah Naib Presiden Kehormat ACC. Jadi eloklah kalau kita biarkan semua kejohanan ini berjalan lancar tanpa sebarang isu," katanya.
Abu Samah, yang juga Presiden Persatuan Berbasikal ASEAN (ACA), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, semalam, atas dua pertuduhan salah guna jawatan.
Abu Samah, 81, didakwa menggunakan jawatannya sebagai Presiden PKBM sebagai dorongan mendapatkan suapan, apabila memilih syarikat miliknya dan anak-anaknya iaitu Syarikat Harapan Baiduri Sdn Bhd untuk menyediakan sewaan kenderaan logistik dengan harga sewaan RM12,750 melalui 13 baucar bayaran mulai 2013 hingga 2018.
Bagi pertuduhan kedua, Abu Samah didakwa atas perbuatan sama melibatkan syarikat miliknya dan adik- beradiknya, iaitu Syarikat Keluarga Haji Wahab Hassan Sdn Bhd untuk membuat sewaan inap desa (homestay) bagi kegunaan atlet berbasikal dengan sewaan RM36,061.85 melalui 32 baucar bayaran dari 2013 hingga 2018.
Dia dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu di pejabat PKBM, Melaka Tengah antara 2013 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
Mesyuarat Majlis PKBM semalam yang dihadiri 16 ahli meluluskan undi sebulat suara menyokong penuh kepemimpinan Abu Samah (gambar). - Foto BERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Jenazah Abu Samah selamat dikebumikan
Hampir 800 ahli keluarga, sahabat seperjuangan, wakil Kementerian Belia dan Sukan, atlet lumba basikal dan orang kampung hadir mengiringi jenazah dari rumahnya di Jalan Semabok ke tanah perkuburan.
Pemergian Abu Samah khabar duka buat arena berbasikal negara, antarabangsa
Abu Samah amat berdedikasi dan telah memberikan segalanya selama 40 tahun demi pembangunan sukan berbasikal di dalam negara dan global.
Presiden PKBM meninggal dunia
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab meninggal dunia di Hospital Mahkota Melaka, 7 malam tadi.
Skuad berbasikal lebuh raya wanita raih satu slot ke Paris 2024
Abu Samah mengesahkan Malaysia diberikan slot daripada UCI susulan kejayaan Phi Kun Pan merangkul pingat emas Jun lepas.
PKBM tak panik prestasi Azizulhasni
Abu Samah percaya Azizulhasni mampu kembali bangkit menebus kekecewaannya pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 bulan depan.
PKBM langsai hutang lima pasukan
Presiden PKBM berkata, hutang yang mencecah lebih RM1 juta telah diselesaikan Human Voyage selaku penganjur perlumbaan itu tahun lalu.
Azizulhasni diharap kekalkan 'kayuhan emas' di Sukan Asia
Azizulhasni berada dalam prestasi terbaik untuk menjayakan misi itu selepas meraih emas berganda menerusi acara keirin dan pecut pada ACC 2023.
ACC 2023: Pelumba negara kuasa besar Asia tiba di Malaysia
Lebih 400 pelumba termasuk 60 pelumba para bakal mengambil bahagian pada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris itu.
Abu Samah dilepas tanpa dibebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen hari ini melepas tanpa membebaskan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab terhadap dua pertuduhan mendapatkan suapan bernilai RM48,811.85.
Abu Samah kekal Presiden PKBM, KJ rebut jawatan Naib Presiden
Datuk Abu Samah Abd Wahab terus diberikan kepercayaan untuk menerajui pucuk kepimpinan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bagi tempoh 2023 hingga 2026.