awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFA kenal pasti pengganti Tan Cheng Hoe

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2017
14:35 MYT
KFA kenal pasti pengganti Tan Cheng Hoe
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mengenalpasti beberapa nama yang bakal menggantikan Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe nanti. -Foto Fail
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah mengenalpasti beberapa nama yang bakal menggantikan bekas Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe nanti.
Perkara itu diumum Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang berkata bahawa mereka terdiri daripada kalangan jurulatih tempatan dan luar negara.
“Ada dua tiga nama yang sudah pun kita bincang. Ada tempatan dan dari luar negara pun ada,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman, Alor Setar, hari ini.
Ahmad Bashah berkata, setakat ini rundingan bersama mereka sedang berlangsung dan jika sudah diputuskan ianya akan diumumkan nanti.
Pada masa sama, Ahmad Bashah mahu agar pasukan Kedah menemui jurulatih baharu bagi melatih ‘Lang Merah’ Kedah sebelum Cheng Hoe mula bertugas sebagai jurulatih skuad kebangsaan.
Cheng Hoe semalam mengesahkan telah menerima surat pelantikan sebagai penolong jurulatih skuad Harimau Malaya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 5 April lalu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipa
#KFA
#persatuan bola sepak kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan