ALOR SETAR:Penantian pemain untuk menerima tunggakan gaji akan berakhir apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berjanji melunaskan baki bayaran skuad Lang Merah sebelum 30 September ini.
Menurut Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, pembayaran tunggakan gaji selama tiga bulan itu melibatkan bayaran bagi April, Mei dan Jun manakala gaji Mac, Julai, Ogos dan September telah dijelaskan sebelum ini.
"Gaji setiap bulan kita kena bayar sebelum tujuh hari bulan bulan berikutnya... macam gaji bulan September, kita kena bayar sebelum 7 Oktober... tunggakan itu kita akan selesaikan," katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan wang tunai kepada 88 keluarga di Rumah Pangsa Tongkang Yard, Seberang Perak di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Pejabat Daerah Kota Setar, pada Ahad.
Menurutnya dengan pembayaran itu, semua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kedah akan selesai sepenuhnya.
Sebelum ini, KFA menghadapi kemelut kewangan sehingga menyebabkan gaji pemain tertunggak selama empat bulan bermula Mac lalu.
Namun KFA komited untuk menyelesaikan tunggakan itu sebelum musim ini berakhir.
Sementara itu, Muhammad Sanusi memaklumkan KFA juga telah menghantar surat pemohonan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memohon lanjutan tempoh bagi melengkapkan proses pelesenan kelab yang sepatutnya dihantar pada 15 September lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 27 2020

KFA sebelum ini menghadapi kemelut kewangan sehingga menyebabkan gaji pemain tertunggak selama empat bulan bermula Mac lalu.

Anak gajah ditemui mati, dipercayai dilanggar kenderaan berat
Anak gajah itu dianggarkan berusia empat hingga lima tahun.

Peperiksaan utama: Pelajar perlu anggap ia sebagai permainan, kurang tekanan
Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dinasihatkan untuk menganggap ia sebagai satu permainan.

Banjir Sabah: 9 daerah masih terjejas, 673 mangsa dipindahkan
Sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Tiga rakan dituduh bunuh lelaki
1 Januari lalu, mayat seorang lelaki yang dikehendaki polis dijumpai orang awam di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, dengan kesan tetakan.

Annuar Musa saran Zahid Hamidi pimpin UMNO hingga tamat penggal
Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk disarankan supaya berehat memimpin parti itu dengan rasa hormat.

AWANI Ringkas: Gesaan pembangkang kepada MKN | Amaran MetMalaysia di Sabah dan Sarawak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Wanita didakwa pukul kucing bunting dengan besi hingga mati
Dia dituduh dengan kejam memukul seekor kucing betina berwarna jingga dan seekor anak kucing betina berwarna putih-kelabu dengan sebatang besi.

Baiki SOP, benarkan restoran beroperasi selepas 8 malam - Ahli Parlimen pembangkang
Ahli Parlimen pembangkang menggesa MKN untuk memperbaiki SOP tersebut kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini berikutan pengukuhan dolar.

Bursa Malaysia susut awal pagi kerana kekurangan penyertaan peniaga
Bursa Malaysia mengambil petunjuk daripada kelemahan Wall Street pada penutupan Jumaat lepas.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.

Fauzi beri KAFA 30 hari selesai tuntutan gaji
Dia menggesa tuntutan penuhnya diselesaikan KAFA dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

FAM nafi Kelantan FC dikenakan pemotongan mata
FAM menafikan Setiausaha Agungnya Stuart Ramalingam ada membuat kenyataan sedemikian ketika dihubungi wartawan.

Tunggakan gaji pemain: Kelantan FC berdepan tindakan pemotongan mata
Keputusan itu dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

17 jawatan jadi rebutan pada kongres ke-57 FAM
Sebanyak 17 jawatan bakal dipertandingkan pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2021-2025.

Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain
Keputusan tersebut dicapai jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada Khamis lepas.

Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal FAM
Bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu berkuat kuasa 1 Jan baru-baru ini.

Kelantan FC terima berita gembira selepas FIFA batal sekatan perpindahan
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata keputusan pembatalan sekatan itu diterimanya daripada FIFA pada pukul 5.00 petang semalam.

FAM harap MOF sokong GLC jadi rakan penaja
Industri bola sepak tempatan yang menanggung kerugian gara-gara impak penularan wabak COVID-19 harus bangkit.

Celine Chuang, pemain remaja wanita negara cipta nama dengan Bayern Munich
Celine yang kini tinggal di Munich, Jerman bersama keluarga sebenarnya turut berkongsi minat sukannya itu bersama abangnya di sana.