awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KFA sedih penaja tarik diri taja skuad Kedah

Bernama
Bernama
08/02/2016
03:16 MYT
KFA sedih penaja tarik diri taja skuad Kedah
Penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri juga mengumumkan penarikan diri. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merasa sedih apabila mendapat tahu beberapa pihak yang sebelum ini berminat untuk menaja skuad Helang Merah dikatakan tidak lagi berminat berbuat demikian.
Ia antara lain melibatkan penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata beliau merasa sedih apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut ketika KFA memerlukan banyak tajaan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini yang akan bermula empat hari lagi.
"Saya telah dimaklumkan tentang pembatalan tajaan daripada D'Herbs dan sehingga kini tiada kata putus berhubung penajaan ini. Sekiranya tajaan ditarik semula, saya merasa susah hati dengan kedudukan kewangan KFA.
"Kita masih memerlukan penajaan yang banyak, jadi saya masih mengharap tajaan akan diberikan kepada KFA bagi membolehkan pasukan Kedah menghadapi musim ini dengan baik," katanya kepada pemberita.
Penarikan tajaan dikaitkan dengan pertukaran menteri besar baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd
#Datuk Aliff Shukri
#KFA
#persatuan bola sepak kedah
#tarik balik penajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan