awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kimmich terlepas latihan Bayern selepas jadi kontak rapat kes COVID-19

Astro Arena
Astro Arena
19/11/2021
00:52 MYT
Kimmich terlepas latihan Bayern selepas jadi kontak rapat kes COVID-19
Kimmich tidak menyertai latihan semalam sebagai langkah pencegahan. - Astro ARENA
BAYERN Munich masih menunggu keputusan sama ada mereka dapat menurunkan Joshua Kimmich dalam perlawanan menentang Augsburg awal pagi esok atau tidak selepas pemain itu menjadi kontak rapat kepada seseorang yang berkemungkinan dijangkiti virus COVID-19.
Ketua jurulatih, Julian Nagelsmann, mengesahkan bahawa Kimmich tidak menyertai latihan semalam sebagai langkah pencegahan dan pasukan juara Bundesliga itu sedang menantikan keputusan ujian PCR pemain berkenaan.
Kimmich, yang secara terbuka mengakui bahawa dia masih belum mengambil sebarang dos vaksin COVID-19, sebelum ini turut diasingkan bersama Serge Gnabry dan Jamal Musiala selepas menjadi kontak rapat kepada Niklas Sule.
Sule digugurkan daripada skuad Jerman menjelang perlawanan menentang Liechtenstein dan Armenia selepas diuji positif COVID-19.
Kicker melaporkan bahawa Kimmich, Gnabry dan Musiala -- kesemuanya masih belum divaksin -- telah diasingkan daripada skuad Bayern berikutan peningkatan kes COVID-19 di kelab itu.
Josip Stanisic menjadi pemain terbaru Bayern dijangkiti virus itu minggu ini, di mana pasukan gergasi Bavaria itu berkata semalam bahawa pemain Croatia yang sudah lengkap divaksin itu sedang menjalani pengasingan tetapi berasa sihat.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Joshua Kimmich
#Bayern Munich
#pemain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan