SPORTS
'Kita setakat bercakap saja'- TMJ

Pemangku Sultan Johor bertitah bahawa mentaliti sesetengah pihak masih mundur, terutamanya dalam soal penerimaan terhadap kepakaran luar negara.
PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa terhadap mentaliti segelintir pihak yang dilihat masih ketinggalan dalam usaha membangunkan sukan bola sepak tanah air.
Ringkasan AI
- Tunku Mahkota Johor (TMJ) kecewa dengan sikap segelintir pihak yang masih berfikiran kolot dan tidak terbuka terhadap penggunaan kepakaran luar dalam pembangunan bola sepak negara.
- Baginda membandingkan kemajuan bola sepak negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam yang lebih ke hadapan kerana mereka menaik taraf fasiliti dan menerima kepakaran luar.
- Terdapat kritikan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana terlalu bergantung kepada tenaga luar dan pemain warisan, yang dilihat sebagai usaha mengejar kejayaan segera dan mengabaikan bakat tempatan.
Tunku Mahkota Ismail turut membandingkan kemajuan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam dalam pembangunan bola sepak masing-masing.
“Indonesia, Thailand, Vietnam dah jauh. Semua naik taraf fasiliti bola dan ambil kepakaran luar negara. Kita setakat bercakap saja,” titah baginda lagi.
Sebelum ini, legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, menyuarakan rasa kurang senang terhadap pendekatan yang digunakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang melantik ramai tenaga kepakaran dari luar sehingga seolah-olah mengenepikan bakat tempatan.
Beliau juga mengkritik pengambilan ramai pemain warisan dalam skuad Harimau Malaya yang dilihat sebagai langkah mengejar kejayaan segera.
Ketika ini, skuad kebangsaan sedang berada dalam fasa revolusi dalam usaha untuk meletakkan nama Malaysia setanding pasukan bola sepak lain di peringkat serantau dan antarabangsa. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami