Malaysia memulakan kempen Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dalam acara hoki ais, yang julung kali dipertandingkan, dengan langkah kanan selepas mencatatkan kemenangan selesa 10-3 ke atas Indonesia.
Pada aksi di gelanggang ais di Empire City, Damansara Perdana di sini, malam ini, Malaysia menerima kejutan seawal minit pertama apbila Robaid Wijaya membuka tirai jaringan.
Bagaimanapun, Malaysia bangkit selepas itu untuk menguasai perlawanan sehingga akhir perlawanan.
Biarpun menang dengan selesa, jurulatih negara, Kristof Kovago berkata anak buahnya perlu memperbaiki kelemahan sebelum berdepan dengan pencabar utama, Thailand, pada aksi kedua, esok.
Terdahulu, venue dengan kapasiti kira-kira 500 penonton itu dirasmikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Dalam satu lagi perlawanan liga sepusingan yang berlangsung hari ini, Thailand mengalahkan Singapura 7-0.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2017
Pemain Malaysia Mohd Hariz Mohd Oryza (kanan) berebut 'puck' bersama pemain Indonesia semasa perlawanan hoki ais di Gelanggang Hoki Ais di Damansara Perdana di sini, hari ini. Malaysia menang 10-3. - Foto Bernama
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Skuad hoki ais negara tekad buru pingat sulung di Kuwait
Penolong pengurus pasukan kebangsaan Muhd Fadzli Amin Muhd Yusoff optimis sasaran itu mampu dicapai skuad kebangsaan.
Malaysia benam Kuwait di kejohanan hoki ais antarabangsa
Skuad negara selepas ini akan menentang tuan rumah Kyrgyzstan pada 5 Mac, diikuti Iran (7 Mac) dan Singapura (8 Mac).
JDT bentuk pasukan hoki ais
Sebuah gelanggang hoki ais akan dibina bersebelahan Pusat Belia Yayasan Tunku Mahkota Ismail di Iskandar Puteri.
Presiden Belarus sah dijangkiti selepas dakwa sauna, vodka mampu elak COVID-19
Presiden Belarus yang sebelum ini mencadangkan vodka dan sauna bagi elak COVID-19 disahkan dijangkiti virus berkenaan.