LIVERPOOL 0 BURNLEY 1
Jurgen Klopp memikul tanggungjawab penuh selepas rekod 68 perlawanan tanpa kalah Liverpool di tempat sendiri dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) lebur di tangan Burnley, awal pagi tadi.
Prestasi juara bertahan itu terserlah semakin merosot selepas gagal menemui sentuhan penyudah dalam perlawanan keempat liga berturut-turut, sepakan penalti Ashley Barnes pada minit ke-83 memastikan mereka mengejutkan The Reds di Merseyside.
Liverpool belum pernah tewas di gelanggang keramat mereka, Anfield, sejak April 2017, iaitu tiga tahun 273 hari yang lalu. Crystal Palace muncul pasukan pelawat yang berjaya membawa pulang tiga mata dari sana.
Tuan rumah melepaskan 27 percubaan -- usaha terbanyak Liverpool dalam satu perlawanan liga tanpa menjaringkan gol sejak April 2013 -- dan 72 peratus penguasaan bola, namun mereka sekali lagi seri.
"Kami tumpas, yang sebenarnya saya rasa ia adalah mustahil tetapi kami akhirnya memang kalah," katanya kepada Sky Sports.
"Ia salah sendiri kerana tugas saya adalah perlu memastikan anak-anak buah mempunyai perasaan tepat serta keyakinan yang betul, jelas sekali ia tidak menjad pada malam ini walaupun kami menguasai permainan.
"Kami mencipta beberapa peluang, tidak apa-apa yang berlaku tetapi pada hujung perlawan, kami tidak tepat membuat keputusan yang tepat dan itulah masalahnya.
"Anda memiliki bola di kawasan yang tepat, kemudian anda tidak merembat sebaliknya membuat hantaran, saya yakin saya telah bercakap perkara yang sama minggu lalu.
"Kika sesuatu tidak berfungsi anda harus berusaha lebih keras, lebih lama , lebih kerap demi mencapai keputusan yang lebih baik.
"Jelas ia tidak berjaya malam ini dan itulah yang harus kami akur. Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenainya, itu sebabnya kami kalah."
BACA: EPL: Liverpool lebur rekod tanpa kalah di laman sendiri
Sejak serangan Sadio Mane pada minit ke-12 ketika seri 1-1 dengan West Brom pada 27 Disember lalu, Liverpool telah melancarkan 87 percubaan tanpa menghasilkan sebarang gol.
Kekalahan mengejutkan itu menjadikan mereka enam mata di belakang pendahulu, Manchester United, selain tidak menang lima perlawanan EPL buat kali kedua sepanjang kendalian Klopp.
"Ini bukan pertama kalinya ia berlaku dalam bola sepak dan bukanlah yang terakhir. Yang bagusnya kami berpeluang untuk mengubahnya -- kami hanya perlu berusaha lagi.
"Malam ini kami tidak dapat melakukannya tetapi kami dapat menggunakannya untuk perlawanan berikutnya.
"Bukannya kami tidak menciptakan peluang disebabkan pemain tidak berkemampuan untuk melakukannya, ia hanya disebabkan keputusan kami akhir di atas padang."
Liverpool akan bertandang ke Old Trafford untuk pusingan keempat Piala FA, awal pagi Isnin ini.
Astro Arena
Fri Jan 22 2021
Reaksi Klopp ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Burnley di Liverpool, England, 21 Jan, 2021. (Foto AP)
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Salah perkukuh cengkaman Liverpool di tangga teratas Liga Juara-Juara
Gol tunggal dijelmakan menerusi penalti Salah pada minit ke-63, memastikan Liverpool mengumpul 18 mata selepas mengharungi enam perlawanan.
Chelsea himpit Liverpool selepas menang di Tottenham
The Blues kini mengumpul 31 mata selepas mengharungi 14 perlawanan, empat mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.
WSL: Manchester United belasah Liverpool 4-0
Pasukan tuan rumah mempamerkan permulaan cemerlang dalam tempoh 30 minit pertama apabila berjaya mendahului menerusi gol Elisabeth Terland.
Salah setuju kontrak dua tahun
Satu kesepakatan dilaporkan telah dicapai kedua-dua pihak yang akan memberi kelegaan besar kepada jutaan peminat The Reds di seluruh dunia.
EPL: Cuaca buruk tunda aksi Everton-Liverpool
Langkah itu diambil selepas perbincangan di Goodison Park yang melibatkan Kumpulan Penasihat Keselamatan.
EPL: Slot anggap Liverpool 'hampir sempurna' ketika tewaskan Manchester City
Arne Slot percaya Liverpool sudah "hampir sempurna" ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Anfield awal pagi tadi.
EPL: Aksi cemerlang Salah pastikan Liverpool tambah kekusutan kem Manchester City
Mohamed Salah menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Liverpool menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield.
City rapuh, Liverpool waspada
Namun, Slot tidak terlalu mempedulikan kejatuhan prestasi penyandang juara itu menjelang pertembungan 'panas' di Anfield, tengah malam ini.
UCL: Liverpool di persada Eropah benam Real Madrid
Keputusan itu menyaksikan The Reds memperoleh kemenangan pertama ke atas Madrid sejak sembilan percubaan lalu.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.