PENGARAH Sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo, menjangkakan satu berita gembira akan diterima pasukan itu berkaitan lanjutan kontrak dua pemain bintang mereka, Kylian Mbappe dan Neymar.
PSG sudah berunding dengan Mbappe dan Neymar -- yang masih mempunyai kontrak bersama juara Ligue 1 itu sehingga 2022 -- di sebalik laporan terhadap minat beberapa pasukan LaLiga.
Mbappe sudah lama dikaitkan untuk menyertai Real Madrid manakala Neymar pula dengan kepulangan ke Barcelona -- pasukan yang ditinggalkannya untuk menyertai PSG pada 2017.
Ditanya mengenai dua pemain itu selepas Mbappe menghasilkan jaringan berganda untuk PSG berkelebihan 3-2 je atas Bayern Munich dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL), Leonardo berkata kepada Sky Italy: "Saya fikir kami mempunyai berita baik yang akan membuatkan kami gembira.
"Kami tidak lama lagi akan mendapat situasi konkrit untuk kontrak Mbappe dan Neymar."
Mbappe telah menjaringkan lapan gol dalam UCL musim ini -- menjadi pemain Perancis yang menjaringkan gol terbanyak semusim dalam kempen itu sebaris Wissam Ben Yedder (2017-18) dan David Trezeguet (2001-02).
Sejak melakukan penampilan pertama dalam UCL musim 2013-14, Neymar telah melakukan 26 bantuan gol, rekod terbanyak buat mana-mana pemain era ini, dan pemain kebangsaan Brazil itu telah terlibat dengan 67 gol (41 jaringan dan 26 bantuan) dalam 66 penampilan kejohanan itu.
- StadiumAstro.com \ Muzaffar Musa
Astro Arena
Thu Apr 08 2021

PSG sudah berunding dengan Mbappe dan Neymar -- yang masih mempunyai kontrak bersama juara Ligue 1 itu sehingga 2022 -- di sebalik laporan terhadap minat beberapa pasukan LaLiga. - Reuters

AWANI Ringkas: Datuk Nash cedera kemalangan | Bekalan ayam cukup, tidak perlu keluar permit import
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (20 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 April 2021.

2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP
Dua dua penganjur bazar Ramadan di Kepala Batas, dikenakan notis amaran selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Apple Event 2021: Ini antara produk yang boleh kita jangkakan
Apa agaknya produk baharu yang akan diumumkan Apple dalam acara yang diadakan secara atas talian pada tahun ini?

AWANI Ringkas: Wujud ketidaksamaan dalam pembelian vaksin | PKPD di MTAQ Pulai Chondong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,341 kes, Sarawak tertinggi | Kompaun: Bukan tindakan menganiaya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Daerah Kuala Penyu bertukar dari zon hijau kepada zon kuning, selepas mencatatkan tiga kes baharu hari ini.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900773/5949771741618931574856_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 Malaysia (setakat 20 April 2021)
![[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April) [INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900774/5949771751618931510055_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Jumlah Pemberian Dos Vaksin COVID-19 & Pendaftaran (setakat 19 April)

Kontrak Neymar, Mbappe? Saya fikir PSG akan dapat berita baik - Leonardo
Mbappe sudah lama dikaitkan untuk menyertai Real Madrid manakala Neymar pula dengan kepulangan ke Barcelona.

Setien alu-alukan Neymar kembali ke Camp Nou
Pemain berusia 28 tahun itu gagal kembali ke Barca pada awal musim 2019-20 dan dia sekali lagi dilaporkan menjadi sasaran perpindahan.

Neymar bakal turun berdepan Liverpool
Pemain termahal dunia itu tidak beraksi ketika kemenangan PSG ke atas Saint-Etienne dalam saingan Ligue 1 selepas kembali daripada aksi antarabangsa.

Arsenal benam PSG 5-1
Arsenal bangkit dengan garang pada babak kedua untuk membelasah pasukan Paris Saint-German 5-1 di Singapura malam ini.