awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak Zainal Abidin ditamatkan serta-merta - FAS

Bernama
Bernama
07/08/2016
11:45 MYT
Kontrak Zainal Abidin ditamatkan serta-merta - FAS
Keputusan itu selaras dengan arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu rombakan segera dilakukan dalam pasukan Selangor. - Foto fail
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan drastik menamatkan serta-merta kontrak ketua jurulatih Zainal Abidin Hassan, susulan prestasi hambar Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M), sejak kebelakangan ini.
Pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari berkata keputusan itu selaras dengan arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu rombakan segera dilakukan dalam pasukan Selangor.
"Tugas ketua jurulatih akan dipertanggungjawab kepada saudara K. Gunalan selaku penolong ketua jurulatih sehingga satu tempoh di mana FAS dan pengurusan pasukan mengenal pasti calon sesuai bagi mengemudi pasukan Selangor menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Amirudin pada masa sama, menjelaskan rombakan menyeluruh ke atas pengurusan FAS akan diumumkan pada Isnin.
Pada Sabtu, Mohamed Azmin dilapor mengarahkan Amirudin dan penolongnya, Nor Hisham Ghouth untuk bertanggungjawab sepenuhnya di atas kemerosotan prestasi Selangor, dan meminta rombakan segera dilakukan dalam pasukan berkenaan bagi mengatasi masalah tersebut.
Kekalahan 0-1 kepada Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman juga membuatkan segelintir penyokong Selangor berang dan menuntut pembaharuan menyeluruh dalam FAS.
Topic Berkaitan
#FAS
#liga m
#Persatuan Bola Sepak Selangor
#Zainal Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan