awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi KRW FC jejas imej FAM

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2025
00:05 MYT
Kontroversi KRW FC jejas imej FAM
Noor Azman berkata, pasukan seperti KRW FC perlu menjalankan penilaian rapi sebelum ditubuhkan termasuk mengelakkan penggunaan nama, logo atau elemen identiti yang boleh menimbulkan kekeliruan. - Foto Sinar Harian
KONTROVERSI membabitkan status sah pasukan Kelantan Red Warrior (KRW) FC bukan sahaja menjejaskan persiapan pasukan itu menjelang musim baharu, malah turut mengundang kesan negatif terhadap reputasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selaku badan induk bola sepak negara.
Isu pertindihan identiti antara KRW FC dan Kelantan FC mencetuskan kebimbangan tentang kelemahan sistem kawal selia FAM dalam menangani penubuhan kelab baharu secara telus dan profesional.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya akan cuba menangani isu tersebut dengan baik.
“Kalau ikutkan memang akan ada tempias kepada kita. Tapi perkara ini terpaksa kita hadapi dan akan diuruskan sebaik mungkin,” katanya.
Sebelum ini, Noor Azman mengesahkan KRW dikenakan sekatan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut Noor Azman, FAM dimaklumkan bahawa KRW FC telah menghantar surat balasan kepada FIFA melalui FAM, dengan keputusan rasmi mengenai kelayakan pasukan itu dijangka diumumkan pada 14 Ogos ini.
Difahamkan, larangan itu dikeluarkan susulan isu berkaitan dokumentasi dan status semasa kelab terbabit yang dikatakan mempunyai hubungan dengan TRW atau Kelantan FC.
Namun, KRW FC tampil menjelaskan bahawa mereka tidak memiliki kaitan dengan liabiliti mahupun isu pentadbiran membabitkan entiti lama, Kelantan FC selepas laporan berkaitan surat rasmi yang diterima daripada FIFA.
"Pasukan itu patut sudah menilai. Dah kaji sebelum tandatangani pemain dan sebagainya. Tapi bila sudah sampai... kita terpaksa lah.
"Sewajarnya, pasukan yang hendak ditubuhkan perlu memastikan sama ada mereka tiada hubungan, tiada kaitan semua ini," katanya.
Noor Azman berkata, pasukan seperti KRW FC perlu menjalankan penilaian rapi sebelum ditubuhkan termasuk mengelakkan penggunaan nama, logo atau elemen identiti yang boleh menimbulkan kekeliruan.
“Saya diberitahu oleh CEO, maknanya dia dah maklumkan kepada pasukan untuk cuba elakkan guna logo. Tapi saya tak pastilah. Itu antara AFL (Liga Bolasepak Amatur) dengan pasukan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kelab Bola Sepak
#Kelantan FC
#KRW FC
#pertindihan identiti
#Noor Azman Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan