Pasukan berpangkalan di China, Hengxiang Cycling sah menarik diri daripada menyertai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang bermula 6 Feb, sebagai langkah berjaga-jaga ekoran penularan 2019 novel koronavirus.
Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahaizereen A Hamid berkata kekosongan yang ditinggalkan oleh pasukan Hengxiang Cycling itu bagaimanapun tidak menjejaskan perlumbaan dan pihak penganjur akan mengumumkan penggantinya dalam masa terdekat.
"Memang ada lagi pasukan dari China akan bertanding. Satu pasukan sudah tarik diri semalam disebabkan koronavirus. Sekarang kami tengah tunggu dua lagi pasukan dari China dan satu dari Hong Kong untuk pengesahan sama ada akan turut serta atau tidak," katanya kepada media, pada Selasa.
Shahaizereen berkata sebagai penganjur LTdL 2020, Human Voyage akan bekerjasama dengan beberapa kementerian, terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalankan pemeriksaan secara terperinci di lapangan terbang bagi memastikan pelumba, pegawai mahupun petugas media yang tiba dari negara China bebas daripada virus itu.
Jelasnya, pasukan dan petugas media yang tiba dari China akan menjalani pemeriksaan rapi dan dikuarantin oleh KKM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terlebih dahulu sebelum dibenarkan keluar.
"Selain wakil dari China, pihak penganjur juga akan memantau perkembangan semasa kesemua pegawai, pelumba dan petugas dari dalam dan luar negara sebagai langkah keselamatan tambahan.
"Mereka juga diminta untuk membuat saringan kesihatan terlebih dahulu dan laporan itu akan dihantar kepada kami (penganjur) untuk diserahkan kepada KKM. Kami akan memastikan perlumbaan LTdL2020 berlangsung tanpa sebarang kebimbangan khususnya melibatkan isu kesihatan dan keselamatan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penganjuran LTdL edisi ke-25 tahun ini, Shahaizereen berkata pihak penganjur tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan dana.
Beliau mendedahkan penganjuran kali ini menelan belanja lebih RM18 juta dengan RM8 juta dana kerajaan manakala RM10 lagi melalui penajaan.
Sehingga kini, sebanyak 22 pasukan termasuk satu pasukan profesional dan lima pasukan Profesional Benua mengesahkan penyertaan pada edisi kali ini.
LTdL 2020 melibatkan lapan peringkat perumbaan, bermula di Kuching dan berakhir di Pulau Langkawi, selain dua perlumbaan tambahan, iaitu Kriterium Antarabangsa Kota Kinabalu pada 6 Feb dan Malaysian International Classic Race di Pulau Langkawi pada 15 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020

Kekosongan yang ditinggalkan oleh pasukan Hengxiang Cycling itu bagaimanapun tidak menjejaskan perlumbaan. - Gambar fail

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Koronavirus: Pasukan dari China, Hengxiang tarik diri sertai LTdL 2020
Kekosongan yang ditinggalkan oleh pasukan Hengxiang Cycling itu bagaimanapun tidak menjejaskan perlumbaan.