KUCHING:Irfan bakti Abu Salim sah dilantik ketua jurulatih Kuching City FC bagi musim 2021.

Irfan, 69 yang juga bekas pemain skuad Harimau Malaya pada era 70-an dipiih bagi menggantikan Akira Higashiyama yang tidak disambung kontrak.

Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman, berkata beliau yakin Irfan mampu memacu hala tuju dalam pembangunan kelab berkenaan.

“Kami amat berbangga dan teruja bekerjasama dengan beliau memandangkan beliau adalah jurulatih yg berpengalaman dan mempunyai banyak kejayaan.

“Kita yakin bahawa beliau boleh membawa kelebihan dan meningkatkan lagi mutu Kuching City FC,” jelas Fazzrudin.

Pelantikan Irfan ini mengakhiri teka-teki siapa yang bakal mengendali kelab berkenaan selepas satu lagi nama iaitu Nidzam Jamil turut dikaitkan dengan jawatan berkenaan.

Sementara itu Fazzruddin mengesahkan Kuching City akan terus bekerjasama dengan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) bagi menyertai Liga B19 untuk menetapkan halatuju pemain bola sepak sejak usia 19 tahun.

“Dengan kerjasama ini kita boleh memilih daripada kelompok yang besar pemain2 19 di bawah SSC untuk diserap dibawah Kuching City FC untuk menyertai Liga Malaysia bawah 19 tahun,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas Kuching City FC di pejabatnya di Petra Jaya pada Selasa.