awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Barcelona alami kekalahan pertama di tangan Osasuna

Astro Arena
Astro Arena
29/09/2024
03:15 MYT
LaLiga: Barcelona alami kekalahan pertama di tangan Osasuna
Reaksi Lamine Yamal selepas tamat perlawanan La Liga antara Barcelona dan Osasuna di Stadium El Sadar, Pamplona, Sepanyol, 28 Sept 2024. (Foto AP)
BARCELONA mengalami kekalahan pertama dalam saingan LaLiga musim ini selepas tewas 4-2 di tangan Osasuna di Estadio El Sadar.
Ante Budimir menjaringkan dua gol, manakala Bryan Zaragoza dan pemain gantian, Abel Bretones turut menemui sasaran buat pelawat, yang memperoleh kemenangan pertama dalam aksi LaLiga bertemu The Blaugrana dalam sembilan percubaan.
Osasuna turut tidak tewas dalam enam perlawanan di laman sendiri dan mendahului seawal minit ke-18 apabila Budimir menanduk masuk hantaran silang Zaragoza.
Zaragoza, yang dipinjamkan dari Bayern Munich, menggandakan kelebihan 10 minit kemudian apabila menyempurnakan gol menerusi serangan balas.
Pau Victor mengurangkan defisit jaringan lapan minit selepas separuh masa kedua bersambung, namun penalti Budimir pada minit ke-72 kembali membenarkan tuan rumah mengawal rentak perlawanan sebelum Bretones menjadikan kedudukan 4-1 dengan berbaki tujuh minit waktu permainan.
Lamine Yamal hadir sebagai pemain gantian menjaringkan gol kedua Barca, namun ia sekadar gol saguhati buat skuad kendalian Hansi Flick yang kehilangan mata buat kali pertama musim ini.
Topic Berkaitan
#barcelona
#LaLiga
#Osasuna
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan