awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Hatrik Vinicius Junior bantu Real Madrid belasah Osasuna

Astro Arena
Astro Arena
10/11/2024
04:15 MYT
LaLiga: Hatrik Vinicius Junior bantu Real Madrid belasah Osasuna
Kemenangan itu merapatkan jurang mata antara mereka dengan pendahulu liga, Barcelona, kepada perbezaan enam mata. - Gambar/ Stadium Astro
HATRIK Vinicius Junior menamatkan siri kekalahan Real Madrid berturut-turut dalam semua kejohanan apabila menewaskan Osasuna 4-0 dalam saingan LaLiga, malam tadi.
Kemenangan itu merapatkan jurang mata antara mereka dengan pendahulu liga, Barcelona, kepada perbezaan enam mata setelah skuad kendalian Carlo Ancelotti terpaksa akur kekalahan El Clasico tempoh hari.
Vinicius melakar jaringan ke gawang Osasuna seawal minit ke-34 di Santiago Bernabeu selepas berjaya mengawal bola hasil hantaran daripada Jude Bellingham sebelum menyempurnakan jaringan kedua melepasi penjaga gol Osasuna, Sergio Herrera.
Bellingham kemudian menjaringkan gol lapan minit kemudian selepas menolak bola untuk menggandakan kelebihan Real Madrid dalam perlawanan itu.
Walaupun Real Madrid selesa menguasai perlawanan, Vinicius enggan memberi muka kepada lawan dalam aksi babak keduda dengan jaringan gol pada minit ke-61 dan ke-69. Keputusan perlawanan meletakkan Osasuna kini berada di tangga ke lima liga dengan 21 mata.
Untuk rekod, Vinicius telah melakarkan hatrik kedua dalam tempoh sebulan. Sebelum ini dia mencatatkan hatrik dalam kejayaan 5-2 mengatasi Dortmund di halaman sendiri dalam Liga Juara-Juara (UCL), bulan lalu.
Real Madrid melakarkan kemenangan ketiga mereka menentang Osasuna di dalam Liga, manakala kekal sebagai skuad tanpa kalah dalam 19 perlawanan liga (Menang 15, Seri 4). - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#LaLiga
#Real Madrid
#Vinicius Junior
#Osasuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan