awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LaLiga: Osasuna tamatkan rekod kemenangan 100 peratus Real Madrid

Astro Arena
Astro Arena
03/10/2022
01:45 MYT
LaLiga: Osasuna tamatkan rekod kemenangan 100 peratus Real Madrid
Pemain Real Madrid Mariano Diaz memberi reaksi selepas terlepas menjaringkan gol semasa perlawanan menentang Osasuna. - Foto AP
REAL MADRID 1 OSASUNA 1
Osasuna memperoleh mata kedua berturut-turut daripada kunjungan mereka ke Santiago Bernabeu untuk menamatkan rekod kemenangan 100 peratus Real Madrid dalam LaLiga musim ini dengan mengikat kedudukan 1-1 dalam perlawanan awal pagi tadi.
Los Rojillos turun dalam perlawanan kali ini dengan menyedari bahawa mereka tidak pernah meraih kemenangan ke atas Los Blancos sejak 2011 dan pasukan bimbingan Jagoba Arrasate itu mempamerkan aksi terbaik mereka sejak awal permainan.
Bagaimanapun, tuah terus kelihatan memihak Madrid musim ini apabila lintangan Vinicius Jr. dari sebelah kiri berhasil mengelak daripada disentuh mana-mana pemain, termasuk penjaga gol Osasuna, Sergio Herrera, untuk memberikan pasukan tuan rumah itu gol pendahuluan tiga minit sebelum waktu rehat.
Osasuna kemudian hanya memerlukan enam minit selepas perlawanan bersambung untuk kembali mengikat kedudukan apabila Kike Garcia melakukan tandukan licik untuk menewaskan penjaga gol Madrid, Andrey Lunin.
Madrid memperoleh peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada 10 minit terakhir apabila video bantuan pengadil (VAR) mendapati David Garcia menolak Karim Benzema dalam kawasan penalti dan pertahann itu turut dilayangkan kad merah kerana menghalang peluang menjaringkan gol.
Benzema tampil mengambil sepakan penalti itu tetapi rembatan derasnya sekadar hinggap di palang gol lawan untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Dengan keputusan itu, Osasuna melonjak ke tangga keenam LaLiga sambil Madrid pula terlepas peluang untuk memintas kembali Barcelona di tangga teratas dengan 19 mata. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#LaLiga
#Osasuna
#Real Madrid
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan