Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pemain naturalisasi yang tidak mempunyai hubungan susur galur dengan negara.
FAM dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya hanya akan memberi lampu hijau kepada pemain berdarah campuran yang mempunyai pertalian darah dan ada hak kelahiran untuk bermain untuk negara.
FAM juga menganggap bahawa membuka pintu kepada pemain naturalisasi juga akan memusnahkan masa depan dan peluang pemain muda yang sedang dibangunkannya.
"Kita tidak boleh leka dengan keghairahan kita untuk meningkatkan mutu bola sepak dengan memilih pemain naturalisasi.
"Ia juga seperti mensabotaj semua perancangan pembangunan masa hadapan yang telah dirangka, disebabkan kerana kekurangan peluang di bahagian atas piramid oleh kerana kemasukan pemain naturalisasi yang berlebihan.
"Situasi ini berbeza dalam isu pemain berdarah campuran kerana mereka mempunyai hak kelahiran. Tambahan pula berapa ramai pemain berdarah campuran yang boleh dicari. Pasaran bola sepak tidak boleh ditakluki oleh pemain berdarah campuran.
"Tetapi ianya boleh ditakluki oleh pemain naturalisasi kerana sesiapa sahaja boleh dinaturalisasikan. Pemain naturalisasi merupakan pemain yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui tempoh masa mereka berada di Malaysia atau mana-mana kriteria lain yang dikuatkuasakan oleh kerajaan," menurut FAM.
FAM turut menjelaskan bahawa pemain yang mendapatkan pasport Malaysia menggunakan medium bola sepak boleh menggunakan kelebihan visa semasa ketibaan atau visa akses percuma ke beberapa negara untuk menggelakkan sekatan perjalanan yang mungkin wujud pada pasport asal mereka.
"Kita tidak perlu menjadi terlalu naif untuk berfikir bahawa pemain dari benua lain yang memohon pasport Malaysia hanya berminat untuk bermain untuk Malaysia sahaja.
"Tidak mustahil pemain-pemain ini akan menggunakan pasport Malaysia mereka sebagai pemain Asia untuk bermain di liga lain yang mana mereka mungkin sepatutnya tidak layak," jelas FAM.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2017
FAM hanya akan memberi lampu hijau kepada pemain berdarah campuran yang mempunyai pertalian darah dan ada hak kelahiran untuk bermain untuk negara. - Gambar hiasan
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
Piala Thomas: Malaysia jinakkan Jepun untuk mara ke separuh akhir
Malaysia mara ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas menundukkan Jepun 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech, Chengdu, China.
Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak bermula Julai ini
Pembinaan bangunan baharu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di sini akan bermula pada Julai depan dan dijangka siap pada 2028, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.