PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan tepat menghantar barisan pemain muda beraksi pada kempen Piala Thomas 2020 di Aarhus, Denmark, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Beliau berkata meskipun tersingkir di pusingan suku akhir, pasukan negara yang mempunyai purata umur 23 tahun dengan lima pemain berusia 24 tahun berjaya memberikan saingan sengit berdepan lawan yang berstatus terbaik dunia serta lebih berpengalaman.
Katanya kempen itu juga memberi pendedahan berguna kepada pemain muda dalam usaha BAM kembali menjadikan Malaysia sebagai antara kuasa besar sukan badminton.
"Bukannya mereka kalah mudah, mereka kalah dengan beri tentangan sengit, ini bermakna keputusan itu tepat dan kita juga hendak melihat kejayaan lebih besar selepas ini.
"Tiada siapa di Malaysia yang mengharapkan pasukan pergi untuk bawa balik piala, kita tidak letakkan sasaran itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penutup Mobile Legends Pro League (MPL) Malaysia Musim Ke-8 di sini semalam..
Pada aksi suku akhir Jumaat lepas, Malaysia tewas 0-3 kepada musuh tradisi Indonesia sekali gus gagal membalas dendam kekalahan edisi 2018 kepada lawan sama di peringkat sama.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia terpaksa menunggu lagi untuk menamatkan kemarau hampir 30 tahun kejuaraan Piala Thomas sejak kali terakhir bergelar juara pada 1992 di Kuala Lumpur, sementara kali terakhir skuad negara mara ke final kejohanan itu adalah pada 2014 di India.
Sementara itu, mengulas mengenai prestasi Malaysia pada saingan Piala Uber, Ahmad Faizal berkata skuad negara yang turut membariskan pemain muda dengan purata umur pasukan adalah 21 tahun beraksi dengan baik di sebalik cabaran hebat dari negara kuasa besar.
Beliau berharap semua pihak termasuk penyokong supaya terus memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara yang menyasarkan kejayaan gemilang pada tahun 2024.
"Saya percaya dengan apa yang telah dilalui kali ini di masa akan datang dalam kejohanan lain barisan pemain kita akan menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sebagai penyokong, saya harap kita dapat terus bagi sokongan supaya mereka mampu bangkit daripada kekalahan ini" katanya.
Skuad Piala Uber negara meletakkan sasaran peringkat suku akhir tetapi gagal melepasi saingan peringkat kumpulan apabila tercorot dalam kedudukan Kumpulan D selepas tewas 1-4 kepada tuan rumah, Denmark, 0-5 kepada China dan Kanada 1-4.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Ahmad Faizal berkata kempen Piala Thomas 2020 memberi pendedahan berguna kepada pemain muda dalam usaha BAM kembali menjadikan Malaysia sebagai antara kuasa besar sukan badminton. - Gambar fail/BERNAMA
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.