KUALA LUMPUR:Pemain profesional bagi acara beregu yang mahu menjalani latihan perlu menyertai kem latihan secara kuarantin di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata tidak timbul persoalan persiapan ke kejohanan kelayakan Olimpik terjejas bagi pemain profesional kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah bersetuju untuk membenarkan pemain dari luar skuad kebangsaan untuk melakukan latihan di ABM.
Beliau turut menegaskan bahawa ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada masa ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hanya memberi kelonggaran kepada acara perseorangan di mana-mana fasiliti lain bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Untuk pemain profesional dan atlet elit, tidak timbul persoalan tidak boleh melakukan latihan bagi acara beregu, tetapi mereka perlu berada dalam gelembung sukan di ABM, bukannya kuarantin di rumah atau latihan di tempat lain supaya tidak wujud kemungkinan untuk jangkitan.
"Kita tidak boleh buat terlalu banyak pendekatan secara kuarantin tetapi Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berbesar hati untuk membenar pemain profesional untuk turut mengikuti latihan di ABM," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di premis sukan di sini, hari ini.
Beliau berkata pendekatan sama telah dilaksanakan ketika latihan program 'Road to Tokyo' pada tahun lalu.
Semalam pemain beregu campuran Goh Liu Ying menyatakan bahawa sukar bagi beliau dan pasangannya Chan Peng Soon untuk mengikuti SOP ketat dan latihan berasingan ketika ini dalam memburu tiket ke Sukan Olimpik Tokyo.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu yang dijangka membuka kempen kelayakan pada Terbuka Switzerland bermula 2-7 Mac ini, diikuti All England (17-21 Mac), manakala satu lagi kejohanan kelayakan, Terbuka Jerman yang dijadual pada 9-14 Mac, dibatalkan berikutan sekatan dikenakan negara itu untuk mengekang penularan COVID-19.
Peng Soon-Liu Ying berada di landasan terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo apabila menduduki ranking ketujuh dunia, dan menerusi ranking 'Race to Tokyo' Persekutuan Badminton Dunia (BWF), mengatasi satu lagi pasangan negara Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, yang menduduki tangga ke-11 dunia.
Sukan Olimpik Tokyo dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 14 2021
Tidak timbul persoalan persiapan ke kejohanan kelayakan Olimpik terjejas bagi pemain profesional kerana BAM telah bersetuju untuk membenarkan pemain dari luar skuad kebangsaan untuk melakukan latihan di ABM. - Gambar hiasan
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.
DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu
Borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican pada pukul 9.13 pagi.
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican
Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi.
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai
Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.
Kabinet Perpaduan: Reezal Merican ucap tahniah kepada Nga Kor Ming
Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan tahniah kepada Nga Kor Ming yang dilantik Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan yang baharu.