awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Papan pemuka status pelaksanaan MA63 dijangka boleh diakses hujung bulan ini
Kerajaan MADANI akan terus pelihara keharmonian, perkukuh ekonomi - PM Anwar
Tragedi lemas: Nor Baizura teruja ke pantai berkelah dengan keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Latihan berpusat secara kuarantin atlet negara akan diteruskan - KBS

Bernama
Bernama
11/01/2021
21:08 MYT
Latihan berpusat secara kuarantin atlet negara akan diteruskan - KBS
KBS meminta orang ramai surpaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi sektor sukan dan rekreasi di kawasan yang berada di bawah PKPB dan PKPP.
KUALA LUMPUR:Latihan pusat sepenuh masa melibatkan atlet negara yang sedang berjalan ketika ini di beberapa venue sekitar Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan yang menggunakan pendekatan secara kuarantin akan diteruskan dengan kawalan pergerakan yang lebih ketat.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan dikeluarkan malam Isnin memaklumkan ia melibatkan venue di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil; Kompleks MSN Taman Keramat; Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara; Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan dan Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.
Pihak kementerian turut meminta orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi sektor sukan dan rekreasi di kawasan yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khas pada Isnin memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.
Pelaksanaan PKP berkenaan melibatkan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah.
Muhyiddin turut mengumumkan PKPB akan dilaksanakan di enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
PKPP pula akan terus dijalankan di Sarawak, manakala negeri Perlis bakal melaksanakan PKPP dan kesemua peraturan berkenaan akan berkuat kuasa bermula dari 13 Jan hingga 26 Jan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#atihan berpusat secara kuarantin
#atlet negara
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPB
#Velodrom Nasional
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan