Atlet karate Leong Tze Wai dan atlet angkat berat Frenceay Titus dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sabah pada majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah 2011/2012.

Kedua atlet tersebut menerima trofi daripada Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman ketika berucap pada majlis tersebut berkata kerajaan negeri perlu merancang dan melaksanakan pendekatan holistik bagi memartabatkan industri sukan di negeri itu.

Beliau berkata pendekatan secara saintifik, latihan sistematik dan pengurusan yang berkualiti perlu diutamakan oleh Majlis Sukan Negeri dan Kementerian Pelajaran dalam memastikan peningkatkan prestasi atlet.

"Sesungguhnya, kejayaan setiap atlet atau pasukan merupakan hasil kesungguhan dan sumbangan pelbagai pihak pihak, " katanya.