KUALA LUMPUR: Pemain boling negara Sin Li Jane muncul juara kejohanan boling Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 ke-53 yang berlangsung di Singapore Bowling Rifle Range hari ini.
Bowling Malaysia menerusi kenyataan dalam Facebook hari ini memaklumkan pemain berusia 30 tahun itu merangkul gelaran keempat kejohanan Singapura itu selepas menumpaskan pemain tuan rumah Shirlene Wong untuk memenangi wang tunai sebanyak S$15,000 (RM51,507.03).
Sebelum mara ke final, Li Jane hanya menduduki tangga kedua perlawanan dengan membuat 1,748 jatuhan pin manakala Shirlene membuat jatuhan pin sebanyak 1,808 pada pusingan Masters kedua, namun bangkit menewaskan Shirlene 227-193 dan 195-178 pada perlawanan pertama dan kedua pusingan akhir.
Li Jane sebelum ini turut memegang gelaran juara kejohanan berkenaan pada 2010, 2013 dan 2014.
Berbeza nasib, pemain boling lelaki Timmy Tan gagal memegang gelaran juara kategori lelaki apabila diketepikan pemain Sweden Kim Bolleby 184-213 pada perlawanan pertama, pusingan akhir kejohanan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023

Pemain boling negara Sin Li Jane muncul juara kejohanan boling Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 ke-53 yang berlangsung di Singapore Bowling Rifle Range pada Sabtu. - Foto Sinar Harian

Tiada lagi telatah Pak Ali The Legend
Pemergian Allahyarham Mohamad Ali Husin, 66, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Pak Ali The Legend' pada petang Selasa lalu, sangat dirasai peminatnya terutama di negeri ini.

PayNet beri penjelasan berhubung pengenaan yuran transaksi DuitNow QR
Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) hari ini menjelaskan mengenai pengenaan yuran transaksi untuk pembayaran DuitNow QR dan transaksi yang dibuat dengan kad kredit berkuat kuasa 1 Nov 2023.

Allahyarham Awang Askandar dikurniakan anugerah khas sambutan Maulidur Rasul
Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

Kekalkan perpaduan rakyat dengan keikhlasan, persefahaman - Tun Juhar
Perpaduan sangat penting kerana ia merupakan faktor utama yang menjadi tunjang kepada kelestarian negeri serta negara dalam melakar kemajuan dan kesejahteraan rakyat.

Naikkan harga 30 produk, KPDN tunggu jawapan Gardenia
Menurut Fuziah, Gardenia diberi tempoh enam hari untuk menjelaskan justifikasi tindakan tersebut yang dijadual bermula 1 Oktober ini.

Lebih 100,000 dijangka meriahkan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023
Penganjuran karnival tersebut diadakan sempena kejohanan Pesta Bola Merdeka Kuala Lumpur 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

PRK Pelangai: 'Tak undi BN, jangan suruh anak balik' hanya seloroh - Wan Rosdy
Apa yang dimaksudkan adalah mahu anak-anak rantau pulang dan memberi sokongan kepada BN yang lebih mampu memberi pembangunan di kawasan itu.
AWANI Ringkas: Kemenangan di Pelangai penting untuk bina keyakinan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Laksana amanah sebaiknya sebelum Allah tarik balik' - Mohd Na'im komen isu rombakan Kabinet
Baginya, amanah yang diberikan menjadi fokus utama beliau sejak dipilih memegang jawatan itu.

Jawatankuasa Harmoni diwujudkan semula, betulkan persepsi terhadap Islam - Mohd Na'im
Kerajaan akan mewujudkan Jawatankuasa Harmoni dengan kerjasama Kementerian Perpaduan bagi menangani isu Islamofobia di negara ini.

Li Jane muncul juara boling Terbuka Singapura 2023
Pemain boling negara Sin Li Jane muncul juara kejohanan boling Terbuka Antarabangsa Singapura 2023 ke-53 yang berlangsung di Singapore Bowling Rifle Range hari ini.

Natasha-Li Jane genggam gangsa di Alabama
Natasha-Li Jane mengatasi cabaran sengit pasangan Colombia Juliana Franco-Clara Guerrero dengan kemenangan 235-204, 247-237.

Malaysia terkandas dalam acara trio pada Kejohanan Boling Dunia
Trio Natasha Roslan, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman muncul pemain terbaik Malaysia selepas menduduki tangga ketujuh daripada 60 trio.

Malaysia raih emas kedua hari ini menerusi Cheah/Li Jane
Skuad boling negara berjaya menghadiahkan pingat emas kedua untuk Malaysia hari ini menerusi gandingan Esther Cheah dan Sin Li Jane dalam acara beregu wanita di Orchid Country Club.