awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liek Hou makin serasi dengan Muhammad Fareez

Bernama
Bernama
09/08/2023
20:35 MYT
Liek Hou makin serasi dengan Muhammad Fareez
Liek Hou berkata, beliau akan cuba meneruskan kemaraan bersama Muhammad Fareez dengan beraksi pada Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China, Oktober ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou mengakui semakin serasi beraksi bersama Muhammad Fareez Anuar bagi acara beregu lelaki SU5 (kecacatan fizikal).
Sejak digandingkan tahun lepas, Liek Hou berkata beliau gembira melihat perkembangan positif dilakar bersama Muhammad Fareez apabila berjaya menggondol empat gelaran antarabangsa termasuk dua kejuaraan tahun ini iaitu Kejohanan Badminton Para Sepanyol Antarabangsa II dan Kejohanan Badminton Para Brazil.
Sehubungan itu, juara bertahan Sukan Paralimpik itu berkata beliau akan cuba meneruskan kemaraan mereka dengan beraksi pada Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China, Oktober ini.
Katanya, mereka yang kini bergelar pasangan nombor dua terbaik dunia kategori tersebut berharap sekurang-kurangnya mampu ke final pada aksi di Hangzhou nanti.
"Jika menang emas, pastinya ia satu bonus bagi kami," katanya kepada Bernama.
Liek Hou sebelum ini pernah meraih emas beregu lelaki SU5 Sukan Para Asia dua kali berturut-turut bersama Suhalli Laiman pada edisi 2010 di Guangzhou, China dan seterusnya di Incheon, Korea Selatan pada 2014.
Dalam pada itu, pemain berusia 35 tahun itu berkata impian merampas semula emas perseorangan lelaki SU5 daripada musuh ketatnya Dheva Anrimusthi dari Indonesia, tetap menjadi fokus utama pada Sukan Para Asia 2022.
Liek Hou berkata memandangkan umurnya kian meningkat, beliau yang juga pemain ranking pertama dunia itu perlu memastikan dirinya lebih berhati-hati dalam sesi latihan bagi mengelak sebarang kecederaan serius yang mampu menggugat peluangnya di China nanti.
"Saya perlu jaga keadaan tubuh saya, kalau nak 'push' dalam latihan kena berpada-pada," katanya.
Sukan Para Asia 2022 dijadual membuka tirai pada 22 dan berlangsung sehingga 28 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Cheah Liek Hou
#Muhammad Fareez Anuar
#Sukan Para Asia 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan