awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Europa: Spurs akhiri penantian 17 tahun kemarau gelaran

Astro Arena
Astro Arena
21/05/2025
22:50 MYT
Liga Europa: Spurs akhiri penantian 17 tahun kemarau gelaran
Son Heung-Min menjulang trofi Liga Europa yang dimenangi pasukannya selepas tamat perlawanan antara Tottenham Hotspur FC dan Manchester United di Estadio de San Mames, Bilbao, Sepanyol, 21 Mei 2025. (Foto AP)
TOTTENHAM Hotspur FC menewaskan Manchester United 1-0 untuk memenangi aksi final Liga Europa dan kejuaraan Eropah pertama lebih dari empat dekad, sebentar tadi.
Ini merupakan gelaran pertama buat Tottenham sejak memenangi Piala Liga Inggeris pada 2008, dan kejuaraan Eropah pertama sejak 1984, kali terakhir mereka memenangi Piala UEFA.
Brennan Johnson menyumbat masuk gol pada penghujung separuh masa pertama untuk membantu Spurs menyelamatkan musim di mana mereka hampir menamatkan saingan di kedudukan tercorot Liga Perdana Inggeris.
Gelaran itu menjamin Spurs mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan, dan membawa kelegaan yang amat diperlukan untuk jurulatih Ange Postecoglou selepas dia bergelut untuk memastikan pasukannya berada di landasan yang betul sepanjang musim.
Kemenangan itu datang enam tahun selepas Tottenham gagal menentang Liverpool dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.
Kekalahan The Red Devils pula menambah tekanan kepada jurulatih United, Ruben Amorim, yang pasukannya berada di tangga ke-16 EPL.
Kelab itu tidak akan bermain dalam mana-mana pertandingan Eropah musim depan.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Liga Europa
#Tottenham Hotspur FC
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami