awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ligue 1: Hatrik Kylian Mbappe bawa PSG kembali ke puncak

Astro Arena
Astro Arena
12/11/2023
03:49 MYT
Ligue 1: Hatrik Kylian Mbappe bawa PSG kembali ke puncak
Pasukan bimbingan Luis Enrique itu mempamerkan respons terbaik selepas tewas kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pertengahan minggu ini. - Gambar fail/AP
KYLIAN MBAPPE menjaringkan hatrik ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Reims 3-0 awal pagi tadi, sekali gus mencatatkan kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Ligue 1.
Kemenangan itu turut menyaksikan pasukan gergasi Perancis itu kembali ke tangga teratas liga.
Pasukan bimbingan Luis Enrique itu mempamerkan respons terbaik selepas tewas kepada AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pertengahan minggu ini dan terus memberikan tekanan buat Nice, yang tergelincir ke tangga kedua selepas terikat tanpa jaringan dengan Montpellier awal pagi semalam.
Bagaimanapun, walaupun memperoleh kelebihan awal menerusi gol pembukaan Mbappe pada minit ketiga, PSG berdepan tempoh mencabar di Stade Auguste-Delaune sebelum Mbappe menghilangkan tekanan itu dalam babak kedua.
Mbappe memberikan pelawat jaringan pembukaan dengan menyudahkan lintangan Ousmane Dembele menerusi percubaan volinya pada awal permainan.
Reims kemudian mempamerkan aksi agresif di bahagian serangan tetapi jaringan penyamaan yang dilakukan mereka dibatalkan gara-gara ofsaid.
Ketika tuan rumah sedang galak melakukan serangan, Mbappe membuktikan betapa dia berada di kelas tersendiri untuk menggandakan jaringan peribadinya menuju ke sejam permainan sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-82.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Ligue 1
#Kylian Mbappe
#PSG
#Reims
#carta liga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan