awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lim Teong Kim tiada niat singgung hati wartawan

Astro Arena
Astro Arena
11/04/2023
23:00 MYT
Lim Teong Kim tiada niat singgung hati wartawan
TEONG KIM: Saya tiada niat untuk memperkecilkan sesiapa pun; saya bukan orang yang begitu tapi kalau saya ada mengguris hati sesiapa, saya minta maaf. - Foto Astro ARENA
DATUK Lim Teong Kim tampil memberikan penjelasan tentang isu kontroversi yang mencuri perhatian peminat bola sepak tanah air apabila dia dikatakan seolah-olah tidak menghormati pengamal media yang mengajukan soalan kepadanya.
Teong Kim menegaskan bahawa situasi di Stadium Perak, Ipoh, sangat bingit ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 4 April lalu hingga membuatkan dia tidak dapat mendengar soalan daripada wartawan.
"Pihak pengurusan tidak berpesan apa-apa. Sesiapa yang berada di stadium dan di televisyen sekalipun nampak penyokong sedang meraikan.
"Suasana agak riuh jadi tidak dengar (soalan wartawan). Jurukamera yang sedang memakai fon kepala juga menyuruh wartawan terbabit agar pergi rapat sikit dengan saya dan selepas itu barulah saya dapat dengar (soalannya).
"Saya tiada niat untuk memperkecilkan sesiapa pun.
"Saya bukan orang sebegitu tapi kalau saya ada mengguris hati sesiapa, saya minta maaf," katanya.
BACA: Isu tular: Perak FC kecewa tindakan Teong Kim
BACA: SAM kecewa cara Teong Kim santuni petugas media selepas kekalahan Perak
Topic Berkaitan
#singgung hati wartawan
#Lim Teong Kim minta maaf
#Lim Teong Kim
#Perak FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan