awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Live the Fantasy, peluang peminat bertemu pemain terbaik EPL

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
15/08/2016
05:58 MYT
Live the Fantasy, peluang peminat bertemu pemain terbaik EPL
Naib Presiden Bisnes Sukan Astro, Lee Choong Khay (kiri) bersama lagenda bola sepak, Stan Collymore pelancaran musim baharu bola sepak Astro 2016/2017.
Kerjasama Astro dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) bakal memberi peluang kepada peminat untuk bertemu dengan pemain terbaik di Premier League (EPL).
Pelanggan Astro Sports Pack hanya perlu menyertai kempen ‘Live the Fantasy’ dengan memilih pemain terbaik bulanan (player of the month) bermula September di laman web Stadium Astro dan juga platform media sosialnya.
Lima pemenang bertuah berpeluang ke United Kingdom (UK) dan menyerahkan anugerah PFA pemain terbaik bulanan kepada pemain pilihan di UK.
Tambahan lagi, dua daripada pemenang tersebut berpeluang menghadiri malam anugerah PFA Gala Night di UK di mana pemain terbaik musim itu (PFA Player of the Year) akan disanjung.
Pemenang setiap bulan juga akan memenangi jersi bola sepak yang ditandatangani secara eksklusif.
Bercakap pada sidang media pelancaran musim baharu bola sepak Astro 2016/2017, Naib Presiden Bisnes Sukan Astro, Lee Choong Khay memaklumkan peluang seperti ini belum pernah ditawarkan mana-mana pihak.
Astro menjadi penyiar pertama yang memberi peluang kepada peminat bola sepak untuk bertemu pemain terbaik di EPL menjadikannya pengalaman menyeluruh buat peminat.
“Kami teruja dengan kerjasama bersama PFA ini kerana ia memberikan peminat sukan Malaysia peluang untuk penuhi impian bertemu hero bola sepak mereka selain daripada menonton perlawanan bola sepak secara langsung di skrin pada bila-bila masa dan dimana sahaja," kata Choong Khay.
Selain EPL, pelanggan Astro Sports Pack juga boleh menyaksikan liga bola sepak terbaik dunia seperti La Liga Sepanyol, Ligue 1 Perancis, Liga Eredivisie Belanda dan Liga Juara-juara Eropah UEFA.
“Kami faham kehendak peminat sukan yang inginkan siaran langsung aksi padang terbaik. Oleh itu kami cukup gembira dapat bawakan liga bola sepak dunia dalam bentuk HD ke skrin TV dan aplikasi mudah alih.
"Kami juga telah melancarkan saluran sukan baru, beIN Sports (saluran 837) pada 1 Ogos, menawarkan siaran langsung liga Eropah. Termasuk saluran sukan beIN, kami kini menawarkan 15 saluran sukan,” kata Choong Khay.
Setelah memperoleh hak siaran untuk Premier League (EPL) di Malaysia bagi tiga musim sehingga 2019, Astro bakal siarkan aksi bola sepak terbaik.
Pelanggan Astro Sports Pack akan perolehi akses penuh kepada siaran perlawanan bola sepak secara langsung di Astro SuperSport, Fox Sports dan terkini saluran beIN Sports.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Sports Pack
#EPL
#Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional
#PFA
#Premier League
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan