awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool lawan Norwich dalam perlawanan pembuka tirai EPL

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
13/06/2019
12:11 MYT
Liverpool lawan Norwich dalam perlawanan pembuka tirai EPL
Liverpool lawan Norwich City dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris pada 4 Ogos. - Gambar fail.
JUARA Eropah enam kali, Liverpool akan menentang pendatang baru dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Norwich City pada Jumaat, 9 Ogos dalam perlawanan pertama EPL musim 2019/2020.
Juara bertahan, Manchester City akan memulakan kempen mempertahankan gelaran di London, menentang West Ham pada Sabtu, 10 Ogos.
Sebelum itu, kedua-dua pasukan akan bertemu dalam saingan Perisai Komuniti pada Ahad, 4 Ogos jam 10 malam waktu Malaysia.
Musim baru EPL juga bakal menyaksikan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR), yang digunakan pada Piala Dunia 2018 dan saingan Piala FA serta Piala Carabao musim lepas.
Dua lagi pasukan baru dalam EPL adalah Aston Villa dan Sheffield United.
Villa akan menentang finalis Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Tottenham Hotspur manakala Sheffield akan melawan Bournemouth.
Buat pertama kali dalam sejarah, semua kelab akan diberikan tempoh berehat pada pertengahan Februari, selama dua minggu.
Hujung minggu pertama musim baharu EPL juga akan menyaksikan perlawanan antara Manchester United, yang menamatkan saingan di tangga keenam musim lalu, menentang Chelsea yang menamatkan saingan di tempat ketiga.
Berikut jadual minggu pertama perlawanan EPL musim 2019/2020:
Jumaat 9 Ogos
Liverpool lawan Norwich
Sabtu 10 Ogos
West Ham lawan Man City Bournemouth lawan Sheffield Burnley lawan Southampton Crystal Palace lawan Everton Leicester lawan Wolves Watford lawan Brighton Spurs lawan Astron Villa
Ahad 11 Ogos
Newcastle lawan Arsenal 11 Ogos Man Utd lawan Chelsea
Topic Berkaitan
#Aston Villa
#Bournemouth
#Chelsea
#EPL
#Jadual EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#Manchester United
#Norwich City
#Sheffield United
#Tottenham Hotspur
#VAR
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan