MOHAMED SALAH percaya Liverpool mampu menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas (EPL) selepas menjadi pencetus kemenangan getir 4-2 The Reds penting atas Newcastle, awal pagi tadi.

Salah memadam kegagalan awal sepakan penaltinya dalam separuh masa pertama, sekali gus menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi peluang gol ketika barisan Jurgen Klopp itu memenangi aksi mendebarkan pada Hari Tahun Baru di Anfield untuk mendahului puncak dengan tiga mata.

Ia adalah perlawanan terakhirnya bersama kelab sebelum menyertai Mesir untuk kempen Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), pertengahan bulan depan.

Salah memberitahu Sky Sports: “Ia adalah keputusan yang hebat buat kami.

"Perlawanan ini begitu sengit dan kami berjaya mengutip tiga mata dan kini kami berada di kedudukan teratas.

"Kami perlu bertenang dan memenangi setiap perlawanan.”

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro