Selepas terlepas saingan tahun lepas, pelumba Itali, Andrea Guardini kembali semula untuk mengumpul 23 kemenangan peringkat apabila menjuarai peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 yang bermula dari Kangar dan berakhir di Kulim Hi-Tech Park di sini, hari ini.
Bereputasi sebagai pelumba pecut paling banyak memenangi peringkat saingan LTdL sejak 2011, pelumba pasukan Bardiani-CSF itu menamatkan perlumbaan sejauh 147.9km itu dalam masa tiga jam, 29 minit dan 04 saat.
Dalam persaingan sekelompok pelumba menuju ke garisan penamat, kesemua 10 pelumba teratas diberikan masa yang sama.
Tempat kedua di dihuni pelumba Korea Selatan, Seo Joon Yong daripada pasukan KSPO Bianchi Asia Procycling dengan menyandang jersi putih selaku pelumba terbaik Asia manakala pelumba China, Wang Bo (Hengxiang Cycling) memakai jersi Polka Dot, selaku Raja Bukit.
Kemenangan Guardini, yang diberi jolokan 'Mr Langkawi', membolehkannya menyarung jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dan juga jersi hijau, selaku Raja Pecut, dengan mengumpul 19 mata di tiga zon pecutan - Kerpan, Alor Setar dan Guar Cempedak.
Pelumba kelahiran Tregnago itu meraih lima kemenangan peringkat pada 2011, enam (2012), satu (2013), dua (2014) dan masing-masing empat kemenangan peringkat pada 2015 dan 2016, selain meraih jersi biru selaku Raja Pecut sebanyak tiga kali iaitu pada 2011, 2012 dan 2016.
BACA: LTdL 2018: Mr Langkawi hangatkan edisi ke-23
Guardini, pelumba berusia 28 tahun itu, tidak menyertai edisi tahun lepas apabila menamatkan penyertaan singkat semusim bersama Team UAE Emirates.
Sejumlah 22 pasukan berstatus Jelajah Profesional Dunia, profesional benua, benua dan pasukan kebangsaan menyertai saingan kali ini meliputi jarak keseluruhan perlumbaan 1,341.2km, membabitkan lapan negeri di Semenanjung Malaysia.
Esok, peringkat kedua saingan dari Gerik ke Kota Bahru melibatkan jarak 208.3km.
- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 18 2018
Andrea Guardini (tengah) memenangi peringkat pertama dari Kangar ke Kulim, Jersi Raja Bukit dimenangi Seo Joonyong (kanan) dan Wang Bo dari pasukan Hengxiang memenangi Jersi Pelumba Terbaik Asia. - Foto BERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Mr Langkawi kembali ke LTdL bersama Bardiani-CSF
Tidak ada pelumba lain yang mengungguli Raja Pecut pada perlumbaan 2.HC (katogeri hors) seperti Guardini di LTdL.