Pelumba muda, Adam de Vos hari ini menamatkan penantian 14 tahun pasukan Kanada untuk menaiki podium perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018.
Anak jati Victoria berusia 24 tahun itu melakukan pecutan solo ke garisan penamat untuk memenangi peringkat ketiga perlumbaan basikal berprestij Asia tersebut dari Pusat Dagangan Kelantan di Kota Bharu ke Dataran Shahbandar di sini.
Beliau yang juga daripada pasukan Rally Cycling, mencatatkan tiga jam 58 minit dan 18 saat dalam perlumbaan tanpa zon pendakian sejauh 166 kilometer itu.
Untuk rekod, Eric Wolhberg merupakan pelumba Kanada terakhir yang menaiki podium apabila beliau memenangi ujian masa individu pada perlumbaan peringkat kelima edisi 2004.
Kejayaan hari ini menyaksikan Adam merampas Jersi Kuning daripada pelumba Itali, Riccardo Minali daripada pasukan Astana Pro Team yang memenangi peringkat kedua dari Gerik ke Kota Bharu semalam
Bernama
Tue Mar 20 2018
ADAM de Vos mewakili pasukan Rally Cycling memenangi peringkat ketiga perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 dari Pusat Dagangan Kelantan, Kota Bharu ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. - Foto BERNAMA
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
LTdL 2018: Pelumba muda Kanada tamatkan penantian 14 tahun
Pelumba muda dari Kanada, Adam de Vos, menamatkan penantian pasukan negaranya selama 14 tahun untuk menaiki podium.