awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2022: Kemenangan peringkat kedua Molano dibatalkan

Bernama
Bernama
13/10/2022
01:40 MYT
LTdL 2022: Kemenangan peringkat kedua Molano dibatalkan
Molano selepas memenangi perlumbaan LTdL Malaysia 2022 peringkat kedua sejauh 178.9 kilometer dari Kuala Klawang Negeri Sembilan ke Raub, Pahang semalam. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kemenangan pelumba UAE Team Emirates, Juan Sebastian Molano pada peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 dari Kuala Klawang ke Raub semalam dibatalkan.
Menurut kenyataan dalam laman Twitter rasmi LTdL, gelaran pelumba Colombia itu ditarik balik susulan didapati melakukan kesalahan pecutan yang 'tidak teratur' ketika menghampiri 300 meter garisan penamat di Dataran Raub, Pahang, semalam.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan juara peringkat kedua meliputi jarak 178.9 kilometer itu menjadi milik pelumba ARA Pro Racing Sunshine Coast, Craig Wiggins sementara Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) di tempat kedua manakala Jakub Mareczko (Alpecin-Deceuninck) tempat ketiga.
"Juan Sebastian Molano dibatalkan kemenangan kerana melakukan pecutan yang tidak mengikut laluan sepatutnya.
"Pemenang Peringkat 2 ialah Craig Wiggins dari Australia (ARA Sunshine Coast)," menurut kenyataan itu.
BACA: Molano kuasai peringkat kedua LTdL 2022
Molano jatuh ke kedudukan ke-109 bagi perlumbaan peringkat kedua bersama-sama kumpulan pelumba terakhir yang tiba di garisan penamat.
Namun, pelumba berusia 27 tahun itu dibenarkan meneruskan perlumbaan seperti biasa selepas namanya turut berada dalam senarai perlumbaan peringkat ketiga dari Putrajaya ke Genting Highlands, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Juan Sebastian Molano
#kemenangan batal
#LTdL
#UAE Team Emirates
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan