awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2022: Peringkat ketujuh milik Bax, ketiga buat Alpecin-Deceuninck

Bernama
Bernama
17/10/2022
23:10 MYT
LTdL 2022: Peringkat ketujuh milik Bax, ketiga buat Alpecin-Deceuninck
Bax (kanan) adalah antara tiga pelumba pecut yang berada jauh di depan peloton sebelum terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 2 jam 20 minit 52 saat. - Foto Astro ARENA
LANGKAWI: Pelumba Alpecin-Deceuninck, Sjoerd Bax mengungguli saingan peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 meliputi jarak 107.1 kilometer (km) mengelilingi Pekan Kuah di sini semalam.
Pelumba Belanda itu adalah antara tiga pelumba pecut yang berada jauh di depan peloton sebelum terlebih dahulu melintasi garisan penamat dengan catatan masa 2 jam 20 minit 52 saat.
Pelumba China Glory Continental Cycling Team, Willem Jacobus Smit di tempat kedua sementara Adria Moreno Sala daripada pasukan Burgos-BH di tempat ketiga juga diberikan catatan masa sama dengan Bax.
Kejayaan ini sekali gus merupakan kemenangan peringkat kali ketiga buat Alpecin-Deceuninck selepas peringkat keempat dan kelima tempoh hari.
"Pasukan berlumba dengan hebat minggu ini, kami sudah mendapat dua kemenangan dan saya tahu hari ini ialah peluang yang baik untuk saya... pendakian agak sukar tetapi mendapat kemenangan peringkat sudah cukup hebat," katanya kepada pemberita.
Pada perlumbaan membabitkan tiga zon pecutan dan dua zon pendakian itu menyaksikan Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan) kekal disarung Ivan Ramiro Sosa Cuervo daripada Movistar Team.
Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) juga kekal milik pelumba Terengganu Polygon Cycling Team, Jambaljamts Sainbayar manakala Jersi Hijau (Raja Pecut) disarung Erlend Blikra daripada pasukan Uno-X Pro Cycling Team.
Peringkat kelapan hari ini meliputi jarak 115.9 km juga membabitkan laluan sama di Pekan Kuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#Sjoerd Bax
#Alpecin-Deceuninck
#Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan