awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok

Aida Aziz
Aida Aziz
30/09/2024
00:10 MYT
LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Sebanyak 132 pelumba yang mewakili 22 pasukan terlibat pada LTdL kali ini. Perlumbaan meliputi jarak keseluruhan 1,190 kilometer membabitkan 10 negeri. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Jalan di sekitar bandar raya ini akan ditutup dan dilencongkan bagi memberi laluan kepada kejohanan perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 pada 1 Oktober.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, penutupan dan lencongan itu akan bermula pada Selasa ini jam 12 tengah hari hingga 2 petang.
Katanya, ia bermula dari lampu isyarat Infoternak Sungai Siput sehingga ke sempadan Pahang (Cameron Highlands) melalui daerah Ipoh.
Jalan yang terlibat untuk penutupan dan lencongan secara berperingkat adalah seperti berikut:
1. Jalan Kuala Kangsar (sehingga lampu isyarat Tasek) 2. Jalan Sultan Azlan Shah (sehingga lampu isyarat Medan Gopeng) 3. Jalan Sultan Nazrin Shah (sehingga lampu isyarat balai polis Simpang Pulai) 4. Jalan Keramat Pulai (sehingga sempadan negeri Pahang)
Beliau berkata, cadangan jalan alternatif yang boleh digunakan oleh pengguna jalan raya semasa program berlangsung adalah seperti berikut:
1. Jalan Lahat-Simpang Pulai 2. Jalan Sultan Nazrin Shah 3. Jalan Kuala Kangsar 4. Lingkaran Lebuhraya Utara Selatan hala ke Kuala Kangsar 5. Lingkaran Lebuhraya Utara Selatan hala ke Ipoh
Sehubungan itu, katanya, pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh dinasihat supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan.
Sebanyak 132 pelumba yang mewakili 22 pasukan terlibat memberikan saingan sengit pada LTdL kali ini.
Perlumbaan ini meliputi jarak keseluruhan sebanyak 1,190 kilometer membabitkan 10 negeri di Semenanjung Malaysia serta Sarawak.
Perlumbaan bermula 29 Sept di Langkawi untuk Peringkat 1, diikuti Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth, Taiping ke Cameron Highlands (Peringkat 3), Kuala Kubu Baru ke Bentong (Peringkat 4), Kuala Lumpur ke Melaka (Peringkat 5), Batu Pahat ke Kulai (Peringkat 6), Miri ke Bintulu (Peringkat 7), dan Bintulu (Peringkat 8).
Topic Berkaitan
#LTdL
#jalan tutup
#Ipoh
#lumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan